Beberapa pemain utama cedera bakal beraksi Piala Malaysia
KUCHING:
Sarawak akan tampil lebih mantap dalam saingan Piala Malaysia 2014
apabila beberapa pemain utama yang tercedera bakal beraksi.
Sebulan
sebelum aksi berprestij itu bermula merupakan tempoh penting untuk
empat pemain menjalani rawatan selanjutnya dengan sebaik mungkin.
Empat
pemain tersebut merangkumi tiga pemain import iaitu Muamer Salibasic,
Gabor Gyepes dan Hassan Mohammad manakala pemain tempatan, Zamri
Morshidi.
Menurut ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts tempoh
rehat sebulan sebelum Piala Malaysia mungkin cukup untuk pemain-pemain
terbabit pulih daripada kecederaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada semangat dan kekuatan mental pemain yang tercedera itu sendiri.
“Kita
memang berharap keempat-empat pemain terbabit dapat pulih daripada
kecederaan dalam tempoh sebulan sebelum Piala Malaysia bermula.
“Empat pemain ini merupakan aset penting kerana mempunyai pengaruh dalam pasukan,” katanya dihubungi di sini semalam.
Dengan adanya keempat- empat pemain tersebut pasukan Sarawak mempunyai banyak pilihan untuk membarisi kesebelasan utama.
“Tanpa mereka pilihan untuk menggalas tanggungjawab selaku pemain kesebelasan utama agak terhad. “Kita memang memerlukan khidmat keempatempat pemain terbabit,” ujarnya.
Dalam
perkembangan sama, beliau tidak menolak kemungkinan pasukannya mampu
mengulangi pencapaian sehingga layak ke separuh akhir saingan Piala
Malaysia seperti tahun lalu.
“Mungkin kita mampu ulangi pencapaian
seperti tahun lalu. Kita dalam kancah Liga Super, kita mampu menyaingi
pasukan kuat,” katanya.
Sarawak memulakan sesi latihan di Stadium Negeri di sini petang semalam.
No comments:
Post a Comment