Tuesday, July 22, 2014

NGAP SAYOT SERI 4-4

Assalamualaikum wbt... Salam tigabelas semua warga sarawak. Sihat semuanya?
Harap sihat semua ok.

Dikesempatan tok, admin mok ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan juak muslimat. Harap posa kitak orang tamat k. hihihi...

Oklah... Malam marek team kita Sarawak, telahpun terbang dan melawan team Liga Perdana Indonesia Villa 2000. Perlawanan persahabatan ya dipolah di Stadium Army Base, Jakarta. Hebat.. dalam masa 90 minit 8 jaringan dipolah sidak duak2 team ya.. hihihi... Pertama2 Sarawak dolok didepan dengan 3 jaringan. Pasya Sidak Team Villa 2000 merapatkan jaringan & terus menyamakan kedudukan.

Ketua pasukan Joseph Kallang Tie (minit 3' & 34') dan Ryan Griffiths (minnit 20' & 68') masing-masing menjaringkan duak gol. Sarawak sik menurunkan Gabor Gyepes kerna nya belum cergas sepenuhnya. Pada second half, jurulatih Sarawak, Robert Albert molah perubahan dengan memasukkan Fadley Rahim, menggantikan Sani Annuar Kamsani. Manakala Ashri Chuchu menggantikan Shahrol. Skuad Villa 2000 menjaringkan gol pertama pada minit ke 48' dan gol kedua pada minit 68' diikuti gol ketiga pada minit 69' dan gol penyamaan minit ke-88'.

Pada ujung saingan sidak, RA melakukan duak pertukaran iaitu memasukkan Aidil Mohamad (Penjaja gol) dan Daliglish Papin Test.Ia perlawanan yang pertama Sarawak sejak aksi terakhir Liga SUper 2014 menentang Johor Darul Takzim pada 25 Jun lalu. Sidak Skuad Sarawak akan menentang Skuad Persebaya Surabaya malam esok dan menentang PSIS Semarang dalam aksi terakhir Jumaat tok. Sarawak akan mula kempen Piala Malaysia 2014 menentang Terengganu di Kuching pada 14 Ogos kelak.

Robert Albert kinektok masih agik nunggu lampu ijo dari sidak FAM sama ada membenarkan pengambilan pemain baru atau sebalitnya. Sarawak sik dapat menurunkan duak pemain import, Muamer Salibasic & Hassan Mohamad sepanjang kempen Piala Malaysia 2014 ekoran kecederaan.


Friday, July 18, 2014

Sukan Bolasepak Tempatan: Samarahan Yakin Percaturan ‘Bidin’

KUCHING: Bekas bintang Ngap Sayot, Ibrahim Mentali diberi mandat oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) membimbing skuad Samarahan bagi menghadapi kempen Piala Sarawak 2014 yang akan berlangsung di Kuching pada September nanti.

“Beberapa hari lalu Presiden dan Timbalan Presiden PBBS Haidel Heli dan Ismawi Muhammad ada menyatakan minat untuk menggunakan khidmat saya bagi melatih skuad Samarahan. “Saya bersetuju menerima tawaran tersebut dan mungkin memulakan tugas tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” jelas Ibrahim semalam.

Penglibatan Ibrahim dalam kancah bola sepak tempatan tidak perlu diperkenalkan lagi di mana beliau pernah membimbing skuad ternama seperti SEG FC menjuarai Liga Juara-Juara pada 2011 di Betong selain membawa Persela FC merangkul kejuaraan Liga Kuching-Naim pada 2012.

Di bawah kendalian Ibrahim, Persela juga ditabalkan juara Piala Datuk Abang Johari dua kali berturut-turut. “Saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak PBBS di atas kepercayaan yang diberikan dan bersedia memberikan yang terbaik untuk memastikan Samarahan mencipta kejutan pada kempen kali ini.”

“Saya percaya dengan kerjasama serta komitmen padu dari pihak pengurusan PBBS dan pemain akan merealisasikan impian kita untuk memburu kejuaraan,” tambahnya. Dalam pada itu, Ibrahim menjelaskan beliau belum dapat memutuskan barisan pemain yang akan dipilih bagi mewakili Samarahan pada kempen berprestij tersebut.

Namun yang pasti, beliau akan menilai secara teliti prestasi beberapa pemain yang bermain dalam skuad yang bersaing dalam Liga Samarahan 2014 seperti Yayasan Sarawak- Sanjung Etika, Sambir Bistari, Team Kickalob K2015, Ocean Eagles dan Gedong FC.

“Saya akan mendapatkan cadangan dari jurulatih-jurulatih skuad yang bersaing dalam Liga Samarahan 2014 berhubung pemain yang akan kita pilih. “Kita meletakkan impian tinggi dalam kempen kali ini. Justeru, saya mahu hanya pemain terbaik dipilih bagi mewakili skuad Samarahan kali ini,” ujarnya lagi.

Tuesday, July 8, 2014

Sarawak Tampil Lebih Mantap

Beberapa pemain utama cedera bakal beraksi Piala Malaysia

KUCHING: Sarawak akan tampil lebih mantap dalam saingan Piala Malaysia 2014 apabila beberapa pemain utama yang tercedera bakal beraksi.

Sebulan sebelum aksi berprestij itu bermula merupakan tempoh penting untuk empat pemain menjalani rawatan selanjutnya dengan sebaik mungkin.

Empat pemain tersebut merangkumi tiga pemain import iaitu Muamer Salibasic, Gabor Gyepes dan Hassan Mohammad manakala pemain tempatan, Zamri Morshidi.

Menurut ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts tempoh rehat sebulan sebelum Piala Malaysia mungkin cukup untuk pemain-pemain terbabit pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada semangat dan kekuatan mental pemain yang tercedera itu sendiri.

“Kita memang berharap keempat-empat pemain terbabit dapat pulih daripada kecederaan dalam tempoh sebulan sebelum Piala Malaysia bermula.

“Empat pemain ini merupakan aset penting kerana mempunyai pengaruh dalam pasukan,” katanya dihubungi di sini semalam.

Dengan adanya keempat- empat pemain tersebut pasukan Sarawak mempunyai banyak pilihan untuk membarisi kesebelasan utama.

“Tanpa mereka pilihan untuk menggalas tanggungjawab selaku pemain kesebelasan utama agak terhad. “Kita memang memerlukan khidmat keempatempat pemain terbabit,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau tidak menolak kemungkinan pasukannya mampu mengulangi pencapaian sehingga layak ke separuh akhir saingan Piala Malaysia seperti tahun lalu.

“Mungkin kita mampu ulangi pencapaian seperti tahun lalu. Kita dalam kancah Liga Super, kita mampu menyaingi pasukan kuat,” katanya.

Sarawak memulakan sesi latihan di Stadium Negeri di sini petang semalam.

Monday, July 7, 2014

Joseph ‘Rantai’ Rebekah

KUCHING: Kapten pasukan bola sepak Sarawak, Joseph Kalang Tie selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Rebekah Livan Balan di Kelab Golf Sarawak (KGS) malam kelmarin.

Majlis pertunangan itu dihadiri keluarga Joseph dan Rebekah selain sahabat handai mereka. Joseph, 27, mula beraksi dengan pasukan Piala Presiden Sarawak sejak 2003 hingga 2006 sebelum diserapkan dalam pasukan senior (2006 hingga 2007).

Selepas itu, pemain yang mempunyai skil individu tinggi itu menyarung jersi Terengganu 2007 hingga 2011.

Bermula 2011 , Joseph kembali bersama Sarawak sehingga kini dan beliau pernah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan pada tahun tersebut.

Pada tahun lalu pemain berasal dari Miri itu membantu Sarawak memenangi juara Liga Premier dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Musim ini, Joseph menjaringkan empat gol untuk Liga Super dan satu gol Piala FA.

Thursday, July 3, 2014

Trio Import Kembali Beraksi

Memberi tonik baharu kepada Sarawak menjelang kempen Piala Malaysia pada September ini

KUCHING: Kehadiran semula tonggak utama trio pemain import Muamer Salibasic, Gabor Gyepes dan Hassan Mohamad memberi tonik baharu kepada Sarawak menjelang kempen Piala Malaysia yang dijangka berlangsung pada September depan.

Ketua Jurulatihnya, Robert Alberts berkata proses pemulihan ketiga-tiga pemain berjalan dengan baik dan dijangka dapat pulih sepenuhnya menjelang bermulanya kempen Piala Malaysia.“Proses pemulihan ketigatiga pemain menunjukkan perkembangan positif dan mereka dijangka dapat beraksi semula tidak lama lagi.

“Ini petanda baik buat skuad kita kerana mereka dapat memperkuatkan semula pasukan Sarawak untuk menghadapi Piala Malaysia nanti,” katanya di sini semalam. Alberts mengaku ketiadaan ketiga-tiga pemain itu amat dirasai semasa saingan Liga Super sambil berharap kehadiran semula mereka dapat membawa Sarawak sejauh mungkin pada kempen itu nanti.

Sementara itu, Alberts juga menggesa pemain-pemainnya agar menggunakan perlawanan persahabatan di Jakarta sebagai landasan meningkatkan semula prestasi mereka sebelum bersaing pada Piala Malaysia. “Perlawanan ini sangat penting untuk meningkatkan semula prestasi pemain sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia,” ujarnya.

Katanya, Sarawak meletakkan sasaran untuk pergi lebih jauh pada kempen kali ini. “Sukar untuk meramal peluang kita kerana ia bergantung kepada undian di peringkat kumpulan. Namun, pemainpemain telah berikrar untuk memberikan yang terbaik dan berusaha membawa Sarawak sejauh mungkin kali ini,” tambah Alberts.

Sarawak berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir pada kempen Piala Malaysia tahun lalu sebelum tunduk kepada Pahang dengan agregat 4-2.

Wednesday, July 2, 2014

Topik Agama:Kelebihan-Kelebihan Solat Sunat Tarawih Dalam Bulan Ramadhan

Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan. 

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”