Tuesday, April 29, 2014

ISLAMIK MODE: SOLAT MERUPAKAN PELBAGAI WASILAH

Assalamualaikum wbt... Salam Asar Salam tigabelas semuanya...

Hari tok petang Asar yang sangat mulia, marilah kita sama2 memperhambakan diri kita, masing2 coba terus mencoba untuk menginsafi diri. Makhluk yang paling mulia disisi Allah SWT sik lain dan sik bukan ialah manusia iaitu kita.

Siapa kita untuk tidak bersyukur dan bersujud depan Allah SWT? Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.. So, Jangan sesekali lupak ngan Allah. Allah sik pernah lupak ngan kita.. renungkan..
Solat kita giney rupanya? Siapa kita?


Solat memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Untuk dapatkan roh dalam solat mcm2 caranya. Yang penting HATI... Solat juga merupakan wasilah dalam.


Solat yang sempurna yang mempunyai roh, akan memperolehi perbagai wasilah. Contohnya ada seperti diatas. Untuk itu, marilah kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku disekeliling kita.. asbab Allah jadikan kejadian atau sesuatu perkara itu adalah untuk menguji tahap kesabaran dan juga keimanan seseorang hambanya...

Akhir sekali... Nukilan yang Admin Nukil tok adalah untuk renungan kita bersama... Yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk ya adalah datang dari kelemahan saya sendirik..Wallahu'alam.. Assalamualaikum...

Monday, April 28, 2014

Skuad Ngap Sayot Lawat 3 Buah Sekolah Ritok

KUCHING: Skuad Sarawak akan mengadakan lawatan ke SMK Sadong Jaya Samarahan, SMK Lundu dan SMK Lake, Bau pada ritok Isnin 28 April 2014 bermula jam 3 petang tadik.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) hari dolok, lawatan ya pakey sidak ngisik tempoh rehat sepanjang Liga Super 2014 selamak tiga minggu.

Naktok juak salah satu program komuniti bertujuan memberik peluang kepada pelajar-pelajar sekolah beramah mesra dan mengenali pemain-pemain Sarawak dengan lebih dekat.

Pasukan Sarawak akan disertai pegawai-pegawai FAS akan bergerak dalam tiga kumpulan semasa lawatan tersebut.

Sarawak akan menentang KL Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 10 Mei depan.

Skuad Robert Alberts kini menduduki tangga keempat setelah mengumpul 22 mata hasil tujuh kemenangan, enam kekalahan dan sekali seri.


Tuesday, April 22, 2014

ISLAMIK MODE: MEDITASI KETENANGAN


Assalamualaikum wbt.... Salam tigabelas... 
Apa khabar kitak orang semua tek?


 

Hari tok Admin rasa berat jak palak... ermm.. pa kata tukar mode lok...Islamik Mode boleh? Juhhh kita bermeditasi k..... pejamkan mataaa... hayatilah dengan setenang-tenangnya... mudah2an sama2 kita dapat feel dan hilang segala permasalahan kita..

Keluarkan seketika mode bola dalam dirik...keluarkan..keluarkan... biar utak kitak orang sik bisak gilak hihihi... Ayuhhh... Moga diri kalian tenang-setenangnya..Aminnn..

Salam ketenangan dari District13...

Monday, April 21, 2014

Fadzley ‘Bungkam’ Kelantan




Pamer aksi hebat bantu Sarawak menang 1-0 ledakan Ryan di Kota Bahru malam kelmarin

KUCHING: Sarawak harus berterima kasih kepada penjaga gol pilihan kedua, Mohd Fadzley Rahim setelah mempamerkan aksi bertaraf bintang ketika membantu membenam Kelantan dengan 1-0 pada perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin. Malah, jurulatih sementara Kelantan, Hashim Mustapha turut memuji ketangkasan Mohd Fadzley yang banyak menggagalkan serangan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan itu.

Gol kemenangan Sarawak dijaringkan oleh penyerang import dari Australia, Ryan Alan Griffiths pada minit ke-51 setelah pantas merampas bola yang gagal dikeluarkan dengan kemas oleh pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri sebelum melambung tepat ke gawang lawan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan yang mahu memadam duka selepas tewas 0-4 di tangan Sime Darby pada Selasa lalu menurunkan kesebelasan terbaik mengasak kubu Sarawak sepanjang perlawanan menerusi rangkaian penyerang Forkey Doe, Mohamad Ghaddar dan Brendan Gan. Peluang terbaik mereka muncul seawal minit keenam menerusi gerakan cantik Ghaddar namun sepakannya mudah ditangkap kemas oleh Mohd Fadzley.

Sementara pada minit ke-15, giliran Forkey menguji ketangkasan Fadzley menerusi rembatan kencang dari luar petak penalti namun masih gagal menerjah jaring pasukan pelawat (Sarawak). Strategi Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts dengan memasukkan Muamer Salibasic bagi menggantikan Joseph Kalang Tie pada separuh masa kedua ternyata berhasil apabila gandingan kedua-dua pemain itu mampu mengkucar-kacirkan pertahanan Kelantan.

Hasilnya, gerakan satu dua kedua-dua pemain itu berjaya meletakkan Sarawak di hadapan menerusi jaringan Ryan pada minit ke-51.Pada minit ke-70, Mohd Fadzley sekali lagi menyebabkan penyokong Kelantan menggigit jari apabila berjaya menampan keluar bola tandukan cantik Forkey Doe.

Usaha terakhir Kelantan untuk menyamakan kedudukan pada masa kecederaan juga punah apabila sepakan percuma kapten Mohd Badhri Radzi sekadar mengena pertahanan Sarawak. Kemenangan ketiga berturut- turut Sarawak itu melonjakkan mereka ke tangga keempat setakat ini dengan mengumpul 22 mata.

“Kita berjaya bermain mengikut pelan yang telah dirancang terutamanya dalam mengekang asakan pasukan lawan,” kata Alberts ketika mengulas perlawanan itu semalam.“Sekalipun keletihan kerana jadual perlawanan yang ketat, pemain-pemain kita tetap menunjukkan kesungguhan untuk memenangi perlawanan dan ia cukup membanggakan saya,” katanya gembira Bagaimanapun, Alberts berpendapat Kelantan sepatutnya memenangi perlawanan itu kerana banyak mendominasi permainan.
Beliau turut melahirkan rasa kagum dengan persembahan Mohd Fadzley yang berjaya mematahkan deretan asakan barisan pasukan Kelantan.

Sarawak akan meneruskan perjuangan pada kancah Liga Super 2014 dengan menentang KL Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Kuala Lumpur pada 10 Mei depan.

Thursday, April 17, 2014

Misi Menang Lagi:Kelantan FA vs Sarawak FA, Berjayakah Ngap Sayot Menang Lagi?

Assalamualaikum wbt... Salam Tigabelas semua...


Untuk game malam esok, Kelantan FA vs Sarawak FA, adakah kita akan menang agik? Mesti kitak orang tertanya2 siapa akan menang esok malam?

Mun didiat dalam game tempoh ari, Sarawak FA mengalahkan ATM dengan jaringan 3-2 dimana jaringan2 dihasilkan oleh Junior, Chanturu & Gol Sendiri ATM. Manakala, Kelantan FA pulak, sidaknya kalah dengan team Sime Darby dengan kekalahan yang sangat teruk iaitu 4-0.

Ternyata Sarawak FA berpeluang mencurik 3 mata penuh di gelanggang The Red Warrior malam esok. Sebab apa Admin madah kedak ya, sebab kinektok Ketua Jurulatih Kelantan FA telah dibuang serta merta malam kekalahan mereka serta berkemungkinan semangat sidaknya 'down' kinektok.

So, untuk ya, team Sarawak FA harus ngambik peluang malam esok bagi memperolehi kemenangan demi kemenangan dan mendapat 3 mata di gelanggang lawan. Memang hakikatnya, susah untuk menang ditempat lawan, tetapi game melawan Terengganu FA menjadi inspirasi untuk diembak ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan malam esok. Sik mustahil team kita boleh menang.

Sarawak FA pernah kalahkan Sime Darby, Sime Darby pulak kalahkan Kelantan FA malam dolok. So, sik mustahil Sarawak FA boleh Ngap itu Kelantan,sedangkan Sime Darby dapat kalahkan Kelantan FA, toi sik?

Apa2pun.. Admin berharap Sarawak FA dapat kalahkan Kelantan FA malam esok dan juga dapat main dengan sebaik mungkin seperti game lawan Terengganu tempoh hari ataupun mungkin main lebih baik agik dari ya..neytauk nak? Mudah-mudahan...AMINNN...

***DOAKAN SARAWAK MENANG LAGI***



Wednesday, April 16, 2014

WIN A TRIP TO RIO MAOK SIK KITAK ORANG? JOM YES TO RIO CONTEST!!!

Assalam..SalamTigabelas..

Sapa minat game bol ONLINE sitok? Ayuhhh.. Sapa2 peminat setia game bol online mari kita main rami2... kumpul point banyak2.. juhhhh cepat register juh...

Mesti kitak orang tertanya2 giney mok joins game bola online tok nak? Senang jak.. kitak orang cuma klik sitok jak k..--->Log masuk untuk menggunakan akaun Facebook anda dengan #YesToRio.


Lepas kitak orang register bolehlah stat main k... Mun kitak orang mok nangga Leader Board sapa yang high score or what ever bolehla kitak orang klik link tok k.. LEADER BOARD

Dalam link Leader board ya, kitak orang boleh cek  'Weekly High Scores' ngan 'Top 50( For All 3 Games)'.


Setiap game mesti ada hadiah betul sik? Mun sikda bukan game namo nya jang or dara hihihi... Setiap players yang score tertinggi akan mendapat Hadiah Mingguan (1st Prize, 2nd Prize & 3rd Prize)

Untuk Hadiah Grand Prize  'Trip To Watch The Football Final LIVE In Rio, Brazil! kitak orang mestilah 'Keep Playing to Get The Highest Score Possible' Sentiasa Bermain dan Bermain...

Mun masih sik paham juak pasal game ONLINE tok ayuhhh kitak orang just klik jak sitok k-->NEED HELP?


 Apa2pun Admin berharap ngan kitak, semoga BERJAYA!!!  

HAVE FUN.. ENJOY DA GAME!!!

MISI MEMBALAS DENDAM BERJAYA DIBUKTIKAN

Assalam.. Salamtigabelas...

Cerita kita pasal malam tadik...

Akhirnyaaaa... Sang Bedal berjaya membuktikan kemenangannya malam tadik...

Walaupun Salibasic diturunkan pada minit2 ahir sebagai 'Supersub' ajak, tapi ternyata bisanya masih ada.

Fadley, Junior dan Chanturu harus diberi pujian kerna kecemerlangan mereka. Chanturu, setiap game merik perform ya baik. Setiap kali geraknya menggugat pemain lawan. Mun sik nguca-ngacir team lawan, gisik gol..Itulah Chanturu yang semakin hari semakin 'Berhantu'.

Hutang Junior pun dah terbalas malam tadik dengan menyumbat 1 gol penyamaan dan Chanturu meletakkan Sarawak didepan dan ditambah agik gol sendirik sidak ATM.

Apa2pun...

Akhirnyaaaa.. Misi Membalas Dendam Telah Berjaya Dibuktikan Anak2 buah Robert Albert walaupun masih ada serba sedikit kelemahan sana-sini yg boleh dibikik oleh Robert Albert terutama sekali ketika pihak lawan mengatur serangan tanpa sebarang "COVER".

Pa2pun.. Jumaat tok, KELANTAN boleh agik di Sayottt!!! MISI MAUK MENANG!!!

#DOAKANSARAWAKMENANG

Monday, April 14, 2014

Dendam Kesumat Berbalas

Assalamualaikum wbt...
 
 
Sarawak leburkan rekod tanpa kalah Terengganu di laman sendiri

KUCHING: Sarawak meleburkan rekod tanpa kalah Terengganu di gelanggang sendiri dalam saingan Liga Super 2014 dengan melakar kemenangan bergaya 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam dolok.

Ibarat melunaskan misi membalas dendam selepas tewas 1-3 di gelanggang sendiri (Stadium Negeri) tempoh hari, Ngap Sayot mendominasi perlawanan pada sejak wisel pertama dibunyikan.

Beberapa rombakan yang dilakukan jurulatihnya, Robert Alberts untuk menghadapi perlawanan itu membariskan Fadzley Rahim sebagai penjaga gol dan Shahrol Saperi di bahagian tengah.

Percaturan jurulatih import dari Belanda itu ternyata membuahkan hasil apabila Sarawak berjaya merencana beberapa serangan berbahaya ke atas kubu Sang Penyu.

Baharu tiga minit perlawanan babak pertama, penyerang Sarawak S Chanturu mengejutkan pasukan tuan rumah (Terengganu) dengan gol pertama hasil tandukan cantik.

Terengganu yang tertekan dengan jaringan awal itu melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan.

Usaha pasukan tumah akhirnya berhasil pada minit ke-37 apabila pemain Sarawak, Junior Eidstal tertampan bola ke gawang sendiri.

Selepas kedudukan terikat, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan perlawanan nampak agak seimbang.

Namun, Sarawak yang berhasrat untuk membawa pulang tiga mata penuh akhirnya tercapai apabila beroleh jaringan kemenangan menerusi Griffith yang menerima hantaran lintang daripada Mazwandi Zakeria.

Ia merupakan jaringan pertama Griffith sejak bersama Sarawak awal April ini. Sehubungan itu, Alberts yang dihubungi semalam berkata anak-anak buahnya bermain dengan positif dan mengikut taktikal yang dirancang untuk meraih kemenangan.

“Bukan mudah untuk menang di sini (Kuala Terengganu), ini kerana Terengganu agak kebal ketika bermain di gelanggang sendiri,” katanya.

Menurutnya, semua posisi berfungsi dengan baik untuk mengimbangi perlawanan. “Perlawanan hari ini agak berbeza berbanding ketika kita beraksi di Kuching sebelum ini,” katanya. Beliau menjelaskan, kredit juga harus diberikan kepada pertahanan dan penjaga gol yang beraksi cemerlang bagi menghalang Terengganu menjaringkan gol.

Kembalinya pemain import, Gabor Gyepes dalam pasukan Sarawak ternyata memperkuatkan jentera pertahanan. Kemenangan itu meletakkan Sarawak kini naik ke tangga ketujuh liga selepas mengutip 16 mata. Perlawanan seterusnya menyaksikan Sarawak menanti kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Negeri, Kuching pada 15 April ini (Selasa).

Friday, April 11, 2014

Saksikan Aksi Bola Sepak Di Pesta Kaul 2014 Esok

MUKAH: Pertandingan Bola Sepak sempena sambutan pesta Kaul 2014 akan berlangsung pada 12 hingga 29 April ini anjuran Pejabat Residen Bahagian Mukah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah serta Pertubuhan Belia Parlimen Mukah.

Pertandingan tersebut akan diadakan di padang Mesra Mukah dan acara sepak mula akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dolah pada jam 3 petang 12 April. Difahamkan, penganjuran pertandingan tersebut telah ditaja khas oleh Abdul Wahab.

Munurut Pengerusi Penganjur Juhairi Bujang penganjuran pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti sempena sambutan Pesta Kaul selain untuk mengeratkan hubungan antara setiap daerah di bahagian Mukah.

“Penganjur an untuk pertandingan ini adalah melibatkan setiap daerah di bahagian Mukah yang hanya perlu menghantar satu pasukan bagi mewakili daerah masing-masing.

“Oleh sebab itu, melalui penganjuran seumpama ini hubungan antara daerah di bahagian ini akan mampu menjadi lebih baik dan ini adalah satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim berasaskan bola sepak,” katanya.

Justeru, beliau berharap pertandingan ini akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Juhairi berkata lagi, penganjuran seumpama ini juga akan mampu membuka minda peminat-peminat bola sepak di bahagian ini khususnya untuk melangkah lebih jauh lagi sambil beliau menyifatkan bahawa ia merupakan salah satu landasan untuk bergerak ke hadapan.

“Kita tidak mahu penganjuran seperti ini khususnya hanya berhenti setakat ini malah dapat diteruskan pada masa akan datang,” tambahnya.

Johan pertandingan tersebut akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, piala pusingan (Piala Kaul Mukah), piala iringan dan medal.

Manakala, naib johan bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, piala, iringan dan medal.

Tempat ketiga bersama masing- masing menerima wang tunai sebanyak RM2,000, piala iringan dan medal.

Thursday, April 10, 2014

Berita Semasa 2: Keluarga Rugi RM15,000 Rumah Dipecah Masuk

KUCHING: Sebuah keluarga di Taman Riverview, Bintawa di sini menanggung kerugian mencecah RM15,000 selepas rumah mereka dipecah masuk pencuri, kelmarin.

Difahamkan, insiden tersebut hanya disedari keluarga berkenaan selepas mereka pulang dan mendapati keadaan di dalam rumah berselerak sekitar jam 1.45 petang.

Hasil pemeriksaan, mereka mengesyaki rumah tersebut telah dimasuki pencuri dipercayai melalui pintu belakang berikutan terdapat kesan kerosakan akibat dibuka secara paksa.

“Mereka turut mendapati beberapa barangan telah hilang termasuk wang tunai sekitar RM3,000, koleksi barang kemas bernilai mencecah RM7,000 serta beberapa peralatan elektronik seperti telefon bimbit dan sebagainya,” kata sumber.

Keluarga berkenaan kemudian tampil di balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis berhubung kejadian.

Sementara dalam satu kejadian berasingan, seorang wanita turut membuat laporan polis mendakwa telah dirompak sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Demak Baru, kelmarin.

Insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari ketika mangsa yang berusia 65 tahun bersama cucunya sedang berehat di rumah mereka dan didatangi lima lelaki tidak dikenali.

Menurut sumber, kelima-lima lelaki tersebut bertindak memecahkan barang-barang di dalam rumah mangsa, selain mengugut akan mencederakan mangsa jika cuba melawan.

Mangsa yang risau akan keselamatan mereka menuruti arahan suspek sebelum dia dan cucunya itu berjaya menyelamatkan diri beberapa minit kemudian.

Suspek kemudian beredar dari rumah mangsa selepas dipercayai melarikan barang kemas serta wang tunai sekitar RM2,000 milik mangsa.

(C) BORNEO POST ONLINE

Berita Semasa 1: Hilang Selepas Terlanggar Boya

Nelayan dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke laut dari bot dinaiki bersama majikan

MIRI: Seorang nelayan dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke laut selepas bot yang dinaikinya bersama majikan terlanggar sebuah boya dalam kejadian yang berlaku di perairan Batu Satu, Kuala Baram di sini, pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Ismawi Nawin, 36, dari Bandar Baru Permyjaya di sini.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat majikan terbabit yang dikenali sebagai Tan Yui Ming, 50, di Balai Polis Lutong di sini sekitar jam 10 pagi semalam.

Terdahulu, menurut Tan, sekitar jam 5.30 pagi, dia bersama Ismawi pergi menangkap ikan di kawasan perairan Batu Satu, Kuala Baram.

Setibanya di kawasan sejauh tujuh batu nautika dari pantai Batu Satu, tiba-tiba bot mereka terlanggar salah sebuah boya yang dipasang di kawasan itu.

“Kami berdua masing-masing tidak nampak boya berkenaan memandangkan apinya (lampu) tidak menyala. Tambahan, keadaan cuaca ketika itu masih gelap.

“Akibat pelanggaran itu, pekerja saya (Ismawi) telah terjatuh ke laut. Saya cuba menyelamatkannya namun gagal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tan juga memberitahu semasa kejadian, dia sedang mengemudi enjin bot, manakala Ismawi duduk di haluan.

Difahamkan, mereka bertolak dari pantai sekitar jam 5 pagi dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian untuk melakukan tugas rutin sebagai nelayan.

Berikutan itu, satu operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dilancarkan pihak berkuasa semalam.

Bagaimanapun, sehingga operasi dihentikan pada petang semalam, mangsa masih belum ditemui dan operasi tersebut akan disambung semula hari ini.

(C) BORNEO POST ONLINE

Wednesday, April 9, 2014

TERUSKAN MENYOKONG TEAM NGAP SAYOT MENSIA DOLOK KINEKTOK DAN SELAMAKNYA

ASSALAMUALAIKUM WBT... #SALAMTIGABELAS

#NgapSayotPenuhDidada


Apa khabar kitak orang semua warga bujang senang? Harapan Admin SFS semoga anda sentiasa sihat dan segala urusan dipermudahkan, dirahmati serta diberkati diterima Allah SWT...Aminnn

Bila Admin SFS nangga ngan peratilah, terutama sekali di Stadium.. Memang hakikatnya semangat orang kita TERBAIK lah... #ngapsayotpenuhdidada katakan... Setiap game, pasti dan pasti kompommm.. rami penyokong kita datang merami di stadium... Semangat ya memang susah dimedo... Arum bulak penuh dalam stadium... 

Sebelum Admin masuk stadium dah rasa auranya.. bila dah masuk stadium lagiklah auranya... Nampak sik Semangat Ngap Sayot Ya!!! Perhhhh... 'Lautan Merah'.

Aura yang sik putus-putus bila dah masuk stadium, pa ndaknya... ada 'Chanting' kata orang kinektok yang dipolah oleh sidak penyokong ngap sayot.. bukan 1 yang molah Chanting, bukan 2 tapi 3.. Nang Semangattttt..Ohaaaa... Makin byk sidak molah chanting, makin ngembang bulu roma.. toi sik? apa yg admin rasa ada sik kitak orang rasa?

Sokongan yang padu yang diberik oleh Penyokong kita tok Nang hebat!!! Nang Terbaik!!! Susah mok ndiat Sokongan ya mcm tok dolok2... Semangat camtok Admin harap sentiasa adaaaa.. untuk Sarawak Tercintaaa!!!

Harapan Admin agar Penyokong2 kita terus dan terus menyokong demi memberi semangat sidak players kita main...Tanpa Penyokong Apalah Reti Bol.. Endak Giya... Harap Sokongan Ngan Team Sarawak Kita Ya Sokong Sampey Bila2 dari MENSIA, KINEKTOK & SAMPEY AHIR HAYAT...Doa jak k..Insha Allah..Aminnn...

Ikhlas,
ADMIN SFS BLOG

Tuesday, April 8, 2014

Ngap Sayot Akan Lakukan Rombakan Dalam Kesebelasan Utama

Assalamualaikum wbt... #SalamTigabelas...

MENCARIK 'RAMUAN" MANTAP!!!

 Robert Albert                                   Gapor Gyepes

Pusingan keduak Liga Super 2014 akan ndiat team ngap sayot terpaksa molah beberapa perubahan dalam kesebelasan utama untuk berada pada kedudukan terbaik.

Perkara tok diakuk oleh ketua jurulatihnya, Robert Alberts yang berpendapat prestasi kurang memberangsangkan setakat tok memungkinkan beberapa perubahan terpaksa dipolah.

Menurutnya, tok penting untuk memastikan anak-anak buahnya dapat molah persembahan hebat seperti yang diharapkan memandangkan pusingan keduak liga merupakan saat genting dan amat mencabar.

“Mungkin beberapa perubahan kecik akan dipolah untuk memastikan kamek orang dapat mencapey keputusan terbaik dalam pusingan keduak kelak.

“Tok kerna aksi kamek orang kurang konsisten sepanjang pusingan pertama dolok,” padahnya time dihubungi di sitok marek.

Setakat tok, Sarawak berada pada kedudukan kelapan liga selepas mengutip 13 mata hasil empat menang, sigek seri ngan enam kalah.

Biarpun aksi pusingan keduak lebih mencabar kerna setiap pasukan mauk terus memburu mata, Alberts maok anak-anak buahnya mampu memperagakan prestasi terbaik.

“Kamek arap team sarawak dapat mencapai keputusan lebih bagus berbanding pusingan pertama,” ujarnya. Mengulas mengenai perlawanan pusingan keduak menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat tok, Alberts madah, skuad bimbingannya perlu encuri tiga mata penuh daripada perlawanan ya untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.

“Kamek orang memang sedar Terengganu merupakan pasukan yang kuat dan mengalahkan kita (3-1) pada aksi di laman dirikpun sebelum tok.

“Namun, kamek berharap team sarawak dapat encuri mata dari gelanggang lawan pada perlawanan Jumaat tok,” padahnya.

Perlawanan ya menyaksikan pertahanan kental, Gabor Gyepes kembali beraksi selepas digantung perlawanan sebelum tok.

“Kehadiran Gabor akan memperkuat benteng pertahanan team sarawak,” kata Alberts dengan nada gembira.

Harap Menang di tempat lawan. Doakan Sarawak Menang...Aminnnn...

***DOAKAN SARAWAK MENANG***

Monday, April 7, 2014

BANGKITLAH OH BANGKITLAH..JADILAH NO.1

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Salam Tigabelas Semuaaaa...



Adakah semua ok ritok? Masih ingat saat2 kekalahan team kita n kekecewaan penyokong kita? Rata2 Admin nangga time di Stadium riya semuanya mengeluh n nampak gilak muka2 sidak penuh dengan kecewa. Mana yang SETIA sangat ya, terus jadi LALANG... Rupa2nya sik SETIA juak paduhalnya tek..hahahaha.. Indah khabar dari ruponyo tek... kesian.. Sik Jujur Juak paduhal..

Sikpa.. yang penting kita tunjukkan Semangat Ngap Sayot n Sokongan kita ngan team kesayangan kita ndak giya oww... Sapalah Si Lalang mun sik sidak yang merami di Stadium ya oww... hihihii.. Lalang bukan sebarang lalang, Lalang ada dimana2... Yang sering nganok Lalang ya, Nyolah LALANG sebenarnya.. Umpama Kuman diseberang laut nampak, Gajah didepan mato sik nampak..Empengor!!!

So, Oleh itu!!! Marilah kita Yang SETIA juga Yang LALANG.. Sama2 kita BANGKIT.. Untuk berik SOKONGAN yang PADU ngan TEAM SARAWAK kita.. Sik kira kita disiney2.. Menang Kalah, Sokong Hina Lumrah Kehidupan... Kita Tetap Bersama di Stadium.. Bersatu...Yang Penting kita MAU Menang!!! Utk Bangkit dan terus Bangkit Mun boleh Menang Balas Balit Sidak Terengganu ya dengan jaringan yang sungguh FANTASTIK.. Doakannn..AMINNN..

Ayuhhh!! BANGKITLAHHH!!! JADILAH NO.1 OYeeeYYY!!!

***DOAKAN SARAWAK MENANG***

Friday, April 4, 2014

TERENGGANU BUKAN LAWAN MUDAH

Assalamualaikum wbt.. 

(c) UTUSAN BORNEO /04.04.2014


Salam Tigabelas Semua Warga Sarawakian..Hope Sihat Belako..

Nok Cito sinih... RA kato Ganu Nih Susoh Muh Lawey.. Apercer? HokAlooo.. Aper kurey nyo hok Sarawakian punyo team.. Baik kacak aper....

Ya peti hok team kito maey beno2 belako.. hati2 muh maey.. jangey buak kesilapey ajer..

Harapey kito team kito meney ini maley.. Meney bergayey..Ohaaaa...

Celoteh ini pagi laaa... Ganuuuu.. Muh ku SAYOT AJerrrr!!!

*Loghat Tah Aper2...

***DOAKAN SARAWAK MENANG MALAM TOK***

Thursday, April 3, 2014

JKT Sik ‘Makan Hati Berulam Jantung’

Assalamualaikum wbt...


Salam Tigabelas ngan kitak orang semua warga sarawakian.. Harap kitak orang sihat selalu hendaknya..Aminn..

Pa yang kitak orang perati semenjak seminggu duak tok, Player kita Joseph Kallang Tie ataupun lebih dikenali ditunggah sidak nama JKT sik berapa best main. Pendek kata permainannya madot2 ajak. Rata2 semua berpendapat kedak Admin oww...

Tapi semuanya terjawab bila JKT pun madah dalam Media Cetak Utusan Borneo bertarikh 03 April 2014, ya bukannya ada apa2 maupun sik puas ati. Dalam beberapa game lepas nya sik diengkah oleh Ketua Jurulatih Sarawak RA  dalam 'First Eleven' ya JKT sikda rase apa2 ataupun 'Makan Hati Berulam Jantung'.

Ya mungkin adalah jalan terbaik daripada Ketua Jurulatih Sarawak RA engkah semua2 sidak Pemain Import Tempatan dan juak Import Luar Negara termasuk sorang duak Pemain Tempatan. Yang penting kata JKT Sarawak Menang.. Biar betul nok kata JKT tok!? Ermm..

JKT madah, kadang2 mendong juak ari.. sikkan mala jak panas ari..hihihi.. dalam maksud ya.. Nya berjanji akan akan molah perform bagus2 utk dapatkan semula kesebelasan utama utk malam melawan Terengganu Jemat Malam Sabtu kelak.

JKT madah, mun mok menang melawan Terengganu kelak, Jangan Molah kesilapan agik... Terengganu bukan calang2 team kerna JKT tauk n pernah main ngan team Terengganu dolok marek.

Ermm.. Pa2pun Admin Berharap, JKT akan main sehabis bait jemat malam sabtu ya kelak. Doakan Sarawak Menang Kelak k... Salammm..

***DOAKAN SARAWAK MENANG***

Wednesday, April 2, 2014

GAPOR GYEPES SIK MAIN JEMAT TOK, SALIBASIC MAIN TGH BULAN EMPAT KELAK APA CER NYA?

Assalamualaikum wbt..

Kinek tok dah 2hb. Sik lamak gik dah team Sarawak men bol ari jemat tok. So, banyak dah Fan2 Sarawak ataupun Fan2 Terengganu dah bercerita mengenai game jemat tok? So, sik kurang ngan Admin juak, mesti mok bercerita-cerito juak pasai bol jemat tok endak giya?

Untuk pengetahuan kitak orang jemat malam sabtu tok, pertahanan kita Gapor Gyepes sik main sebab dah kenak kad kuning sebanyak 3 kali. So, sapa endak gantinya ow..? 

Rasa2 Admin Hairol Mokhtar yang ganti tempatnya.. Kompom...

Sikpa.. Pertahanan tempatan kita apa kurangnya.. HEBAT apa oww... Cuma nasib ngan sikda nasib jak men bol tok bah...

Cerita pasal Salibasic kita, Pemain yang cukup TERBAIK masa Liga Perdana riya.. Dengar cita nya akan main dalam masa terdekat tok... Mungkin nya akan diturunkan dalam pertengahan bulan April tok dalam saingan musim keduak Liga Super. Harapnya dapat main.

Makin kacak sidak main mun dah ada Salibasic, Hassan ngan Griffith..WOWW!!!

Pa2pun, Sidak pasti Mok menang, kita pun mok sidak tema kita menang ngan main sehabis baik toi sik? So, Kita tunggu jaklah game jemat malam sabtu kelak k..

Ya ajaklah coretan untuk kali tok k... Salam Tigabelas untuk kitak orang semua k... 

Assalammm...

***DOAKAN SARAWAK MENANG***

Tuesday, April 1, 2014

SALIBASIC MASIH MILIK NGAP SAYOT

Assalamualaikum wbt...

 
Salibasic

Pemain itu masih alami kecederaan mungkin diturunkan apabila sembuh sepenuhnya

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengesahkan penyerang import dari Bosnia Herzegovina, Muamer Salibasic masih kekal bersama Ngap Sayot dan bukannya digugurkan seperti dakwaan beberapa pihak dalam laman sosial.

Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi berkata buat masa ini Salibasic masih mengalami kecederaan dan mungkin dalam masa terdekat boleh diturunkan apabila sembuh sepenuhnya.

Sehubungan itu, peminat Ngap Sayot dinasihatkan agar tidak mempercayai segala dakwaan atau khabar angin dalam laman sosial seperti ‘Facebook’.

“Setakat ini, Salibasic masih menjadi milik pasukan Sarawak. Mungkin dalam masa terdekat beliau (Salibasic) akan sembuh dan boleh diturunkan.

“Saya berharap peminat tidak percaya dengan dakwaan atau khabar angin dalam laman sosial yang mengatakan Salibasic telah digugurkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Salibasic mengalami kecederaan lutut kiri selepas dirempuh pertahanan ATM dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2014 pada 18 Januari lalu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang berkesudahan Sarawak tumpas 2-0.

Kehilangan Salibasic memberi kesan kepada jentera serangan Sarawak yang dilihat agak tumpul ketika menghadapi saingan liga musim ini.

Penyerang sensasi itu juga memainkan peranan penting dalam membantu Ngap Sayot menjuarai Liga Perdana musim lalu.

Menurut Abdullah, FAS akan mengeluarkan kenyataaan rasmi sekiranya ada antara pemain yang digugurkan.

“Kita tidak menggugurkan pemain tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi,” katanya.
Perlawanan seterusnya menyaksikan Sarawak menanti kunjungan Terengganu di Stadium Negeri, di sini pada 4 April depan.

Sarawak kini menghuni tangga ketujuh Liga Super 2014 selepas mengutip 13 mata.
 
 
Created by,
ADMIN SFS BLOG