Assalam semua para pembaca setia...
Dikesempatan ini ADMIN SFS ingin memohon ampun pada Yang Esa dan juga para pembaca setia sekiranya ada terkasar bahasa terguris hati.. mohon tuan/puan maafin diri ini ya... Salam Aidulfitri dari ADMIN SFS dengan tulus ikhlas dari hati ke hati...
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Satu2nya ungkapan yang sering kita laungkan ketika tarikh keramat ini 31 OGOS setiap tahun ini menjelma tiba. Kerajaan ketika ini sedang dalam membuat persiapan awal dalam masa sebulan lagi sebelum perayaan sambutan kemerdekaan diadakan. Banyak aktiviti2 dijalankan dalam sebulan sebelum perayaan menjelma.
Ada yang mengadakan pelbagai pertandingan yang fokus ke arah semangat patriotik dan sebagainya. Nah.. inilah Malaysia.. satu2nya negara yang didalamnya pelbagai kaum dan adat resam yang dapat duduk dan hidup bersama dengan aman dan sentosa. Itulah yang dinamakan 1Malaysia.
Kalau kita lihat di negara2 luar. Pelbagai masalah timbul. Macam2 isu dibangkit demi kepentingan sesetengah pihak. Berlakunya pergolakkan rasa tidak puas hati di antara pelbagai pihak sehingga membawa rusuhan kaum. Gara2 itu rakyat mereka menjadi mangsa kerna hasutan sana dan sini sehingga berlakunya pertumpahan darah rakyat yg tidak berdosa.
Alhamdulillah syukur pada yang Esa kerna kita di Malaysia setakat ini masih aman damai dan sentosa dengan kepimpinan yang ada sekarang. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun bertukar tahun, pejam celik-pejam celik Malaysia negara tercinta sudah mencapai kemerdekaan kali ke-56 pada tahun 2013 ini. Diharap kemerdekaan yang telah kita capai selama 56 tahun ini menjadi inspirasi kita rakyat Malaysia untuk kita terus berbakti dengan menjaga keamanan dan keharmonian negara kita dari dijajah oleh anasir2 luar yang tidak bertanggungjawab.
Apa yang paling penting sekali, kita pupukkan semangat cintakan negara kita dari bawah lagi. Bak kata pepatah melayu "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Sebagai ibubapa amat penting untuk kita mendidik anak2 kita untuk cintakan kedaulatan negara kita. Pelbagai usaha kerajaan untuk memastikan anak-anak remaja supaya tidak terjebah ke arah menjatuhkan maruah negara. Usaha itu berterusan sehingga sekarang.
Salam Merdeka dari ADMIN SFS untuk para kalian semuanya...
"Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku"...
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
ALLAHU AKBAR!!!
No comments:
Post a Comment