Bila ADMIN SFS berbicara....
Isu utama yang sering disebut-sebut atau ditanya ialah "Bagaimana mahu istiqamah dalam beramal ibadat"
Ramai yang berkata, "Ya Allah, saya mahu bangun malam tetapi tidak mampu untuk mengekalkannya secara berterusan." Ada juga yang bertanya, "Bagaimana mahu melawan ujian berpuasa sunat ISNIN dan KHAMIS. Ia sangat sukar! Malah keinginan untuk solat berjemaah di masjid dikatakan sangat tinggi. Keinginan yang tidak dapat dilaksanakan.
Kesimpulannya, ia juga boleh dinyatakan sebagai 'mahu tetapi tiada upaya.' Akhirnya, keputusan akhir segala niat dan keinginan itu tidak menjadi kenyataan. Saya fikir kejayaan sebenar di dunia dan akhirat bukan hanya dilakonkan dengan kata-kata dan cita-cita dibibir tetapi wajib tersemat di hati.
Hakikatnya, ia perlu dibuktikan dengan amal yang tulus ikhlas kepada Allah SWT. Jika ia dinisbahkan dengan ujian peperiksaan maka penyata keputusan menunjukkan mereka mendapat markah LULUS dan bukannya CEMERLANG.
Wallahua'lam...
....bersambungggg
No comments:
Post a Comment