Bicara ADMIN SFS hari ini.... 'Kegelapan Malam Takkan Selamanya.."
Bila malam... takut...
Gundah gulana... ada kata 'Kuntilanak'... ada kata 'eeeeeerrkkk'. Semua itu hanyalah mainan perasaan dalam hati. Sapa kata kita handal? Sapa kata kita ini hebat.. Korang boleh bayangkan betapa lemahnya seorang manusia itu apabila bangkit untuk menunaikan IBADAH kepada ALLAH SWT. Di siang hari nampak kegagahannya... Ahli angkat berat lagi tu, tetapi bila malam menjelma lebih-lebih lagi tika azan subuh berkumandang, Allahu Akbar!!! Lemah selemahnya... Nak angkat selimut yang hanya berapa kg saja dah tidak larat. Cuba kita renungkan bersama.. Nauzubillah...
Para pembaca SFS yang budiman,
Hari ini sudah seminggu kita berpuasa (7 Ramadan). Persoalannya, Adakah kita mampu untuk laksanakan perintahNya sesempurnanya. Setakat berpuasa, semua orang boleh berpuasa. Budak kecil umur bawah 7 thn lagilah boleh puasa. Inikan pula kita yang berusia malah berabad lama hidup di dunia ini.
Hadis Rasulullah yang lebih kurang bermaksud:
'Ajarilah anak kamu sembahyang ketika mana anak kamu berumur 7 thn. Jika tidak rotanlah ia'.
Nota: Jika ada penambahan/silap hadis yg saya tuliskan silalah tegur ok.
Kalau kita renung sejenak ayat diatas tersebut, Soalannya, Adakah Allah bagi tahu kita suruh kita ibubapa mewajibkan berpuasa terhadap anak kita yang berumur 7 thn ataupun kebawah? Jawapannya tidak sama sekali. Allah cuma bagi tahu yang wajip itu adalah SOLAT. Bukannya BERPUASA bagi anak-anak yang berumur 7 thn dan kebawah. Kepentingan disini ialah SOLAT kerna apa SOLAT ADALAH TIANG AGAMA. Kalau Solat kita jaga betul-betul, Insha Allah segala urusan lain dapat dilaksanakan dengan sempurna.. Aminnnn...
Setakat ini sahaja bicara ADMIN SFS hari ini... ASSALAMMMM....
SELAMAT BERBUKA...
No comments:
Post a Comment