Wednesday, July 24, 2013

PUASA DAN KESIHATAN

Assalam...

Allahu Akbar!!! ADMIN SFS hari ini baru nak berbicara tentang Puasa. Dah 15 Ramadan 1434H hari ini. Apa-apapun tujuan hanyalah satu untuk memberi peringatan dan pengetahuan semata-mata. Insha Allah dapat manfaatnya.. Aminn...

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.


Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.
Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaanubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.
Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.
Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone)daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.
Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
  1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
  2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
  3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.
Wallahu'alam..

Monday, July 22, 2013

JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI

Surah Al-Ikhlas
"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI"

Keberkatan Surah Al-Ikhlas


Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya, 
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan 
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

☑Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil ?
    Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?

☑Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an?
    Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

☑kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
   Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh ?

☑Kenapa masjid semakin kecil ?
   Tapi bar dan club? semakin besar?

☑Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS?
    Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH? Pikirkan itu...

☑Apakah anda akan memforward pesan ini?

☑Apakah anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan dengan yang lain ?

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Ada 2 pilihan untuk anda.
1. Biarkan didalam whatsapp anda tanpa bermanfaat untuk org lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala.  SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ : 

✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya, dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka, Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

 آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.

Wednesday, July 17, 2013

PENYESALAN KITA BILA SAMPAI KE ALAM AKHIRAT

Assalammmm...


Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..

Sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan... Dimanakah ketegori kita?

Wabillahi taufiq wal hidayah.. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tuesday, July 16, 2013

KEGELAPAN MALAM TAKKAN SELAMANYA

Assalam...

Bicara ADMIN SFS hari ini.... 'Kegelapan Malam Takkan Selamanya.."



Bila malam... takut...
Gundah gulana... ada kata 'Kuntilanak'... ada kata 'eeeeeerrkkk'. Semua itu hanyalah mainan perasaan dalam hati. Sapa kata kita handal? Sapa kata kita ini hebat.. Korang boleh bayangkan betapa lemahnya seorang manusia itu apabila bangkit untuk menunaikan IBADAH kepada ALLAH SWT. Di siang hari nampak kegagahannya... Ahli angkat berat lagi tu, tetapi bila malam menjelma lebih-lebih lagi tika azan subuh berkumandang, Allahu Akbar!!! Lemah selemahnya... Nak angkat selimut yang hanya berapa kg saja dah tidak larat. Cuba kita renungkan bersama.. Nauzubillah...

Para pembaca SFS yang budiman,
Hari ini sudah seminggu kita berpuasa (7 Ramadan). Persoalannya, Adakah kita mampu untuk laksanakan perintahNya sesempurnanya. Setakat berpuasa, semua orang boleh berpuasa. Budak kecil umur bawah 7 thn lagilah boleh puasa. Inikan pula kita yang berusia malah berabad lama hidup di dunia ini.

Hadis Rasulullah yang lebih kurang bermaksud:
  'Ajarilah anak kamu sembahyang ketika mana anak kamu berumur 7 thn. Jika tidak rotanlah ia'.
 Nota: Jika ada penambahan/silap hadis yg saya tuliskan silalah tegur ok.

Kalau kita renung sejenak ayat diatas tersebut, Soalannya, Adakah Allah bagi tahu kita suruh kita ibubapa mewajibkan berpuasa terhadap anak kita yang berumur 7 thn ataupun kebawah? Jawapannya tidak sama sekali. Allah cuma bagi tahu yang wajip itu adalah SOLAT. Bukannya BERPUASA bagi anak-anak yang berumur 7 thn dan kebawah. Kepentingan disini ialah SOLAT kerna apa SOLAT ADALAH TIANG AGAMA. Kalau Solat kita jaga betul-betul, Insha Allah segala urusan lain dapat dilaksanakan dengan sempurna.. Aminnnn...

Setakat ini sahaja bicara ADMIN SFS hari ini... ASSALAMMMM....

SELAMAT BERBUKA...

Monday, July 15, 2013

UJIAN IBADAH

Assalamualaikum...

Bila ADMIN SFS berbicara....

Isu utama yang sering disebut-sebut atau ditanya ialah "Bagaimana mahu istiqamah dalam beramal ibadat"


Ramai yang berkata, "Ya Allah, saya mahu bangun malam tetapi tidak mampu untuk mengekalkannya secara berterusan." Ada juga yang bertanya, "Bagaimana mahu melawan ujian berpuasa sunat ISNIN dan KHAMIS. Ia sangat sukar! Malah keinginan untuk solat berjemaah di masjid dikatakan sangat tinggi. Keinginan yang tidak dapat dilaksanakan.

Kesimpulannya, ia juga boleh dinyatakan sebagai 'mahu tetapi tiada upaya.' Akhirnya, keputusan akhir segala niat dan keinginan itu tidak menjadi kenyataan. Saya fikir kejayaan sebenar di dunia dan akhirat bukan hanya dilakonkan dengan kata-kata dan cita-cita dibibir tetapi wajib tersemat di hati.

Hakikatnya, ia perlu dibuktikan dengan amal yang tulus ikhlas kepada Allah SWT. Jika ia dinisbahkan dengan ujian peperiksaan maka penyata keputusan menunjukkan mereka mendapat markah LULUS dan bukannya CEMERLANG. 

Wallahua'lam...

....bersambungggg

Tuesday, July 2, 2013

AHLAN WASOHLAN YA RAMADAN AL-MUBARAK

Assalamm...


Bicara ADMIN SFS hari ini nk bagitau yg tak lama lagi rakyat malaysia akan menyambut bulan yg mulia bulan puasa. Persoalannya.. Adakah anda sudah bersedia dan juga sudah membuat persiapan utk kedatangan bulan 1000 kemuliaan?Fikir-fikirkan...

Dlm kita menyambut bulan puasa, kita harus ingat bahawasanya kita jgn melakukan pembaziran terutama sekali dalam kita bebeli juadah d bazaar ramadan. Ingat amalan membazir adalah amalan syaitan. Jangan Bazar Ramadan Jadi Bazir Ramadan sudahhh..


Akhir sekali, Marhaban Ya Ramadan. Selamat Menjalankan Ibadah Puasa dan Menikmati Bulan 1000 Bulan yang penuh dengan barakah..

Patuhi segala perintahNya dan jangan melanggar laranganNya selama menjalankan Ibadah Puasa Kelak. Dapatkan Bonus berlipat ganda dari Hasil Ibadah Anda... Doa untuk semuaa... Aminnnn...