Wednesday, November 20, 2013

Pemain Sarawak berpeluang ke QPR

Assalamualaikum wbt..


Utusan Sarawak
20 November 2013

TIGA pelajar dari Malaysia akan berpeluang ke Akademi Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR), Loftus Road, London untuk dilatih dengan kemahiran bola sepak dan salah seorang pelajar tersebut ialah dari Sarawak, iaitu Mohammed Safee, 16.RASMI ... Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar melakukan simbolik perasmian pembukaan Klinik Latihan Bola Sepak QPR 2013 di SMK Tabuan Jaya, Kuching. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar mengesahkan perkara itu berkata, pencarian untuk mencari bakat terpendam dan pelajar bertuah berkenaan dilakukan menerusi ‘Klinik Latihan Bola Sepak QPR 2013’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya.“Ini adalah program ketiga yang kita adakan sepanjang tahun ini bersama dengan Kelab Bola Sepak QPR dan kita telah berkunjung ke beberapa sekolah di Semananjung Malaysia dan Singapura,” jelasnya. “Program berkenaan bertujuan untuk mencari bakat baharu seterusnya menyokong pembangunan sukan bola sepak negara,” katanya kepada wartawan. Hadir sama ialah Pengetua SMK Tabuan Jaya, Hassan Haji Wa’Gani.Menurut Aireen, sebelum ini rangkaian penerbangan tambang murah itu, AirAsia pernah terlibat dan memberi sokongan kepada menyediakan kemudahan sukan MotoGP dan pemain skuasy antarabangsa. “Kita tahu bahawa bola sepak adalah sukan nombor satu negara dan Asia Tenggara, justeru, kita ingin mengenal pasti dan membangunkan pemain muda baru di wilayah ini,” jelasnya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Amanah QPS, Andy Evans berkata, seramai 300 pelajar telah dilatih oleh kelab bola tersebut sebelum tiga orang pelajar dipilih untuk mengikuti latihan di akademi kelab berkenaan di London.“Dalam klinik bola sepak ini, kita memilih tujuh orang pelajar iaitu tiga dari Malaysia dan empat dari Singapura,” ujarnya sambil memberitahu semua pelajar berkenaan akan menjalani latihan dan diberi pendedahan selama seminggu di akademi QPR London kelak. Justeru, beliau menyifatkan, sepanjang berkunjung di Singapura dan Malaysia untuk program berkenaan, semua peserta (pelajar sekolah) yang menyertai klinik tersebut berbakat dan mempunyai standard masing-masing.“Setiap pemain mempunyai kelebihan tersendiri, meskipun ramai yang tidak disenaraipendek, namun jurulatih kita tetap memberi latihan dan pendedahn sewajarnya kepada setiap pemain. “Sekurangkurangnya dengan pendedahan berkaitan kendalian bola, teknik lorongan, rembatan serta aspek taktikal lain mereka dapat pelajari dan menimba pengalaman baharu,” jelasnya. Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan lanjut berhubung tarikh keberangkatan tujuh pelajar berkenaan akan ke Loftus Road, London.

♡♥♡SARAWAK TETAP DIHATI DULU KINI SELAMANYA♥♡♥

★GM★

No comments:

Post a Comment