Sunday, November 17, 2013

2 PENYERANG ASING NADI SARAWAK 2014

Assalamualaikum semua bujang dan dara...
Kitak orang sihat semua.. Tok admin SFS nak cita pasal bol agik tok.. Baca k..
   JUARA Liga Perdana 2013, Sarawak bakal mempertaruhkan dua pemain import di bahagian serangan dalam saingan Liga Super musim depan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman.Beliau berkata penyerang import sedia ada dari Bosnia, Muamer Salibasic dikekalkan, dan kini FAS sedang giat mengadakan rundingan dengan seorang lagi penyerang import bagi memantapkan jentera serangan pasukan itu musim hadapan.“Kita jangka penyerang import kedua itu dapat diputuskan sebelum akhir bulan ini manakala rundingan dengan pemain tempatan akan diputuskan lebih awal,” katanya. 
   Dua penyerang import dari Australia yang dikaitkan ialah Ryan Griffith dan Daniel McBreen manakala pemain import ketiga akan mengisi barisan pertahanan.Sebelum ini, bekas penyerang negara, Akmal Rizal Rakhli, 31, telah menandatangani kontrak selama setahun dengan pasukan tersebut. 
   Selain penyerang import, Sarawak juga juga telah menguji bekas pemain kebangsaan Jerman dan bekas pemain pertahanan Bayern Leverkusen, Manuel Friedrich, 34, untuk memperkuatkan barisan pertahanan pasukan.
   Ketika diminta mengulas nasib penyerang utama skuad itu musim ini, Bobby Gonzales, sama ada dikekalkan dalam skuad musim hadapan, Sudarsono berkata perkara tersebut masih belum diputuskan. “FAS masih belum dapat menghubungi Bobby kerana dia sedang berada di Manama, Bahrain bersama pasukan kebangsaan.Tapi saya mengesahkan Bobby memang mendapat tawaran dari beberapa pasukan lain,” katanya. Bobby sejak awal musim digandingkan bersama penyerang Croatia, Ivan Babic, namun selepas Babic digugurkan dari skuad, beliau digandingkan dengan Salibasic.
   
Harap2 segala percaturan sidak FAS tok bagus.. doakan agar gabungan pemain2 utk musim depan 2014 adalah yg terbaik.. Kita sokong 120% team kesayangan kita negeri Sarawak... Sidaknya pasti dan pasti sokong mcm kita players yg ke-12 nak giya kitak orang?

♡♥♡SARAWAK TETAP DIHATI SELAMANYA♥♡♥

★GM★


No comments:

Post a Comment