Thursday, November 21, 2013

KEJOHANAN FUTSAL REMAJA ARENA SUKAN

KUCHING: Kejohanan Futsal Remaja Arena Sukan kembali menghiasi kalendar sukan tempatan dengan edisi keenam akan diadakan pada 23-24 November dan 7 Disember 2013.Hari pertama (23 November) akan mempertandingkan kategori 7-10 tahun dan 10-12 tahun.Ia disusuli kategori peserta berusia bawah 15 tahun pada 24 November manakala bawah 17 tahun pada 7 Disember.

        Kejohanan tahunan itu akan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Kompleks Sukan Arena Sukan.Menurut kenyataan dari pihak penganjur, kejohanan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari para remaja berusia 10-17 tahun di sekitar bandaraya Kuching sejak bermula pada lima tahun lepas.Pada tahun lepas, sejumlah 100 pasukan melibatkan hampir 1,000 peserta telah mengambil bahagian.Permintaan yang cukup menggalakkan itu memberi ilham kepada penganjur, Arena Sukan memperkenalkan satu lagi kategori pada tahun ini iaitu dari 7 hingga 10 tahun.
    
     Arena Sukan turut menjangkakan sambutan yang lebih meriah pada edisi kali ini dengan peningkatan dari segi penyertaan.Setiap pasukan perlu menghantar tujuh pemain dan mereka yang telah mendaftar layak menerima baju T kejohanan edisi terhad termasuk baucer saguhati dari Arena Sukan.Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi 082-363577/017-8087017 atau emel ke info@arenasukan.com.my.

           Jommm... sapa mok joins game tok just call no di atas jak.

♡♥♡MAJULAH SUKAN UNTUK SARAWAK♥♡♥

★GM★ 

No comments:

Post a Comment