Monday, August 25, 2014

NGAP SAYOT "TENGGELAM"

 
KUCHING: Sarawak kempunan melakarkan kemenangan apabila tewas tipis 2-1 di pangkuan Kedah pada aksi Piala Malaysia 2014 di Stadium Negeri di sini malam tadi. Beraksi di kandang sendiri, skuad Ngap Sayot nampak garang pada awal babak apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Sang Kenari.

Ketua pasukan, Joseph Kalang Tie melakukan ujian awal ke gawang Kedah pada minit ke-11 namun bola rembatannya dari luar kawasan penalti agak sipi. Anak-anak buah Robert Alberts terus melakukan asakan dengan percubaan baik menerusi tandukan oleh pemain import, Gabor Gyepes pada minit ke-16 namun ditangkap kemas oleh penjaga gol pasukan pelawat.

Bagaimanapun, Kedah sekali-sekala melancarkan serangan berjaya menembusi gawang Sarawak dengan jaringan pada minit ke-30 hasil sentuhan Muhd Farhan Roslan setelah menerima hantaran cantik Nam Kung Woong. Babak pertama, Sarawak ketinggalan 1-0 kepada pasukan pelawat memaksa Alberts memerah otak merencana strategi ampuh untuk anak-anak buahnya melakukan sesuatu terbaik bagi menggembirakan ribuan penyokong setianya.

Percaturan Alberts nyata berbisa apabila penyerang import, Ryan Alan Grif-fiths menjaringkan gol pen-yamaan pada minit ketiga babak kedua hasil umpanan cantik S Chanturu. Minit ke-61, Sarawak hampir-hampir menghasilkan jaringan apabila Rashid Aya melakukan tandukan padu yang tersasar sedikit di pintu gol kedah.

Sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil, Kedah menghukum Sarawak dengan jaringan kemenangan oleh Billy Osman Mehmet. Kekalahan itu ternyata menyentap semangat Ngap Sayot untuk bersaing merebut tempat dua pasukan ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, Sarawak perlu melangsaikan kesemua baki tiga perlawanan timbal-balik Kumpulan B yang akan bermula Rabu ini. Sarawak kini kekal dengan tiga mata hasil satu kemenangan menentang Terengganu di tempat sendiri pada aksi pembukaan.

Skuad Ngap Sayot akan berkunjung ke Alor Setar, Rabu ini (27 Ogos) untuk membuat perhitungan timbal-balik dengan Kedah sebelum melayan kunjungan Perak di Stadium Negeri Kuching pada 30 Ogos (Sabtu) depan.

Tuesday, July 22, 2014

NGAP SAYOT SERI 4-4

Assalamualaikum wbt... Salam tigabelas semua warga sarawak. Sihat semuanya?
Harap sihat semua ok.

Dikesempatan tok, admin mok ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan juak muslimat. Harap posa kitak orang tamat k. hihihi...

Oklah... Malam marek team kita Sarawak, telahpun terbang dan melawan team Liga Perdana Indonesia Villa 2000. Perlawanan persahabatan ya dipolah di Stadium Army Base, Jakarta. Hebat.. dalam masa 90 minit 8 jaringan dipolah sidak duak2 team ya.. hihihi... Pertama2 Sarawak dolok didepan dengan 3 jaringan. Pasya Sidak Team Villa 2000 merapatkan jaringan & terus menyamakan kedudukan.

Ketua pasukan Joseph Kallang Tie (minit 3' & 34') dan Ryan Griffiths (minnit 20' & 68') masing-masing menjaringkan duak gol. Sarawak sik menurunkan Gabor Gyepes kerna nya belum cergas sepenuhnya. Pada second half, jurulatih Sarawak, Robert Albert molah perubahan dengan memasukkan Fadley Rahim, menggantikan Sani Annuar Kamsani. Manakala Ashri Chuchu menggantikan Shahrol. Skuad Villa 2000 menjaringkan gol pertama pada minit ke 48' dan gol kedua pada minit 68' diikuti gol ketiga pada minit 69' dan gol penyamaan minit ke-88'.

Pada ujung saingan sidak, RA melakukan duak pertukaran iaitu memasukkan Aidil Mohamad (Penjaja gol) dan Daliglish Papin Test.Ia perlawanan yang pertama Sarawak sejak aksi terakhir Liga SUper 2014 menentang Johor Darul Takzim pada 25 Jun lalu. Sidak Skuad Sarawak akan menentang Skuad Persebaya Surabaya malam esok dan menentang PSIS Semarang dalam aksi terakhir Jumaat tok. Sarawak akan mula kempen Piala Malaysia 2014 menentang Terengganu di Kuching pada 14 Ogos kelak.

Robert Albert kinektok masih agik nunggu lampu ijo dari sidak FAM sama ada membenarkan pengambilan pemain baru atau sebalitnya. Sarawak sik dapat menurunkan duak pemain import, Muamer Salibasic & Hassan Mohamad sepanjang kempen Piala Malaysia 2014 ekoran kecederaan.