Monday, June 30, 2014

AHLANWOSOHLAN YA RAMADAN 1435H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Selamat pagi semua... Pagi yang indah tok... Puasa yang pertama... Harap kitak orang semua sihat n senyum selalu...Aminnn...


Dikesempatan ini, Admin SFS ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Muslim dan Muslimat yang beragama islam. Semoga Puasa anda tahun ini memberikan semangat baharu untuk kitak orang. Disamping kita berhibur, jangan kita lupa dengan perintah Allah Okey...

Akhir sekali... Selamat berpuasa... Raya Datang Oiiii.. Madah awal..hihih

Friday, June 27, 2014

Aksi Sarawak Tetap Dapat Pujian

KUCHING: Johor Darul Takzim (JDT) mencatat nama selaku juara baharu Liga Super bagi musim 2014 selepas menundukkan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri kelmarin.  

Skuad kendalian Bojan Hodak mengesahkan ke­juaraan setelah berjaya men­gumpul 44 mata, meningg­alkan pesaingnya Selangor di tangga kedua dengan 41 mata sementara Sarawak berpuas hati di tangga ketujuh dengan 30 mata.

Ia kejayaan pertama Hodak selepas beliau mengambil alih tugas dari bekas jurulatih Cesar Jemenez.
“Saya sangat gembira se­lepas tertekan sepanjang musim kerana kita diletakkan harapan untuk memenangi semua pertandingan.

“Kejayaan ini bukan milik saya seorang tetapi ia hasil usaha keras Cesar Jemenez, pihak pengurusan dan pemain JDT sendiri,” katanya ketika ditemui kelmarin. Di sebalik kejayaan menewaskan Sarawak di la­man sendiri, Hodak tetap memuji aksi anak-anak buah Robert Alberts yang ham­pir mengecewakan impian mereka untuk menjulang kejuaraan pada tahun ini.

“Sarawak memberi tentan­gan sengit dan mereka ber­main dengan baik. Sokongan padu dari penonton semakin menyemarakkan semangat pemain-pemain mereka.“Tetapi saya yakin dengan kemampuan pemain saya dan impian untuk memburu ke­juaraan menjadi perangsang kepada mereka memberi persembahan terbaik sekali gus mengutip tiga mata pent­ing,” tambahnya.

Sementara itu, pengen­dali Sarawak Robert Alberts melahirkan rasa puas hati den­gan persembahan anak-anak buahnya sekali pun mereka tewas 0-1 di tangan JDT. Alberts menyifatkan aksi pemainnya dalam perlawanan tersebut adalah yang terbaik kerana mereka masih mampu memberi tentangan sengit kepada JDT yang rata-rata dibarisi pemain berstatus bintang.

“Keputusan ini menyang­kal ramalan pakar dalam sebuah akhbar tempatan kononnya kita akan dibelasah 0-8. Semua orang bercakap mengenai perkara tersebut dan ia cukup mengecewakan saya dan penyokong di sini,” katanya kelmarin.

“Sebaliknya, pemain kita berjaya memberikan ten­tangan sengit meskipun JDT mempunyai kekuatan yang jauh lebih baik.” Pengendali dari Belanda itu juga berpuas hati dengan pencapaian Sarawak pada musim ini dengan menduduki tangga ketujuh selain berjaya mengekalkan slot ke Liga Super pada musim depan.

Katanya, fokus Sarawak kini tertumpu ke arah per­sediaan menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijangka bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. “Sarawak akan lebih mantap kerana ramai pemain tonggak kembali beraksi pada Piala Malaysia,” tambahnya.

Menurutnya , Gabor Gyepes, Hassan Mohamed, Muamer Salibasic dan Lot Abu Hassan dijangka pulih sepenuhnya dari kecederaan menjelang bermulanya kem­pen tersebut. Gol kemenangan JDT di­jaringkan oleh Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-66 ekoran kealpaan di benteng perta­hanan Sarawak.
Meskipun ketinggalan, Sarawak enggan mengalah dan mengasak kubu JDT dari setiap ruang dalam usaha mencari gol penyamaan.

Perlawanan tegang seketika dalam masa kecederaan apabila pengadil Shamsudin Ibrahim enggan menghadiahkan sepa­kan penalti kepada Sarawak meskipun bola jelas terkena tangan pertahanan JDT.
Usaha tuan rumah mencari gol penyamaan akhirnya ber­hasil apabila Ryan Griffiths berjaya menguis masuk bola selepas insiden itu. Namun, jaringan itu di­batalkan kerana pengadil mendakwa penyerang Sarawak itu berada dalam posisi ofsaid.

Thursday, June 26, 2014

LIGA SUPER 2014 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JDT SUPER LEAGUE CHAMPION 2014

Salam Khamis Semua Penyokong Bolasepak Sarawak. Anda Semua Sihat kah? Harap sihat semuanya...

So, Cerita Ini Pagi Apa Cerita? Apa Yg ADMIN SFS Risikkan, Ternyata Banyak Anasis2 Yang Ingin Merendahkan Kewibawaan Team Kesayangan Kita. Ada Yang Meramalkan Yang Bukan2 Yg Mana Sarawak Akan Jadi Pasukan Belasahan Malam Tadik Sampey 8-0 perrrhhh!!! Ternyata Ramalan Anasir Tersebut Meleset dan Lari Yang Teramat dari Lorong2 Kebabunan Dirinya..Tedahhh...

Kami Bukan Budak2... Kami Bukan Patung... Kami Ada Maruahhh... Senang2 Nak Belasah Ni Apa Cer!? Kepada Sang Peramal... Agak2 Ler Nak Meramal... Agaknya Si Peramal Tu Nak PUBLISITI MURAHAN Kot! Tedahhh..Kesiannnnyaaa...

Apa2pun.. Biarlah Apa Manusia Itu Katakan, Yang Penting Jiwa, Hati, Dada...Penuh Dengan Semangat NGAP SAYOT!

Kekalahan Malam Tadik Bukan Kalah Selamanya. Ianya Menjadikan Kita Semakin Kuat dan Semangat Utk Menghadapi Perlawanan2 Yang Akan Datang. Game mlm tadik SARAWAK VS JDT Adalah Game Terakhir.Kedua2 Team Menunjukkan Persembahan Yg Menyeronokkn Penyokong & Membuatkan Penyokong Berpuas Hati Menontonnya. Cuma Tiada Nasib dan Rezeki Menyebelahi Pasukan Kita.

Yang Paling Membimbangkan ADMIN SFS ialah MUTU PENGADILAN MALAM TADIK! Percayalah... Perlawanan Malam Tadik Telah Diganggu Oleh 'PENGADIL'. Kebimbangan Admin Sama Seperti Apa Yang DiBimbangkan Oleh Presiden JDT TMJ.

Kepada Team Kesayangan ADMIN SFS, SARAWAK IBUPERTIWIKU,Teruskan Perjuangan & Perjuangan Bukan Terus Terhenti Disini Kerana 'Perjuangan Belum Selesai'.

Double Thumb 4 My Sarawak Football Supporters Kerana Sentiasa Bersama Pasukan Kesayangan Kita Samaada DiKala Senang & Susah. Kita Bersatu Hati Tidak Kira Bangsa, Demi Ibu Pertiwiku Sifat Yang Sangat INDAH Itu Sentiasa Ada, Bukan Setakat Ada Hari Ini, Malah Ada Dulu Ada Kini & Ada Selamanya... WELLDONE SARAWAKKU...

Pa2pun Kami Sarawak Football Supporters Mengucapkan Tahniah Kepada JDT Diatas Kemenangan Malam Tadik Dan Seterusnya Mengiringi Pahang Ke AFC Cup..Congrate...

Dengan Berakhirnya Perlawanan Malam Tadik, Maka Liga Super 2014 Menutup Tirainya Dan Akan Kita Akan Berjumpa Liga Super Tahun Depan 2015. Tahniah Sarawak Masih Dalam Senarai Pasukan Liga Super 2015.

BABAI SUPER LEAGUE...SEE U DA NEXT LEAGUE...MUAHHH...

#TAHNIAHJDT
#WELLDONESARAWAK
#SarawakSatukanHatiMu
#NgapSayotPenuhDidada
#LuaskanKuasaMu
#RamalanItuPOYOBELAKA

#RombakKetuaJurulatih
#GantikanNganJurulatihBaruTempatan
#SemangatNgapSayotAdaSikRA
#RAsuah
#JualPerlawanan?

♡I LOVE SARAWAK FOR SARAWAKIAN♡♡
♡♡RASUAH MENJATUHKAN MARUAH♡

★GM★

Tuesday, June 24, 2014

Pemain Tempatan Kurang Sengat

KUCHING: Bermain tanpa pemain import menyebabkan Sarawak gagal menyaingi Selangor apabila tewas 3-0 pada aksi Liga Super 2014 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan Ngap Sayot beraksi tanpa dua penggempur utama, Ryan Griffiths yang digantung perlawanan manakala Muamer Salibasic dilanda cedera.

Sarawak juga tidak menurunkan pertahanan import kental, Gabor Gyepes yang mengalami kecederaan serius dan Hassan Mohamad.

Jentera penggempur Sarawak bergantung kepada pemain tempatan, Mohd Rashid Aya dan Akmal Rizal dilihat agak sukar menembusi pertahanan Selangor dikemudikan oleh Stilianos Pantelidis.

Paulo Rangel meledakkan jaringan pada minit ke-42 selepas menerima hantaran daripada sepakan sudut.

Selepas gol Selangor itu, Sarawak berusaha menjaringkan gol penyamaan namun penyudah tumpul Mohd Rashid menyebabkan anak-anak buah Robert Alberts menggigit jari.

Serangan balas Selangor pada minit ke-61 berhasil apabila hantaran lintang Andik Vermanshah disudahi dengan berkesan oleh Rangel, pemain import dari Brazil.

Anak-anak buah Mehmet Durakovic terus bernafsu untuk menjaringkan gol dan Hazwan Bakri menjaringkan gol ketiga.

Alberts ketika dihubungi semalam berkata, agak sukar untuk bermain tanpa pemain import yang mempunyai pengaruh dalam padang.

“Kita bermain tanpa pemain import, kalau mereka (pemain import) ada mungkin keputusan akan berbeza.

“Perlawanan ini menyaksikan kita menurunkan semua pemain tempatan,” katanya.
Tambahnya, Selangor menurunkan tiga pemain import dan dua jaringan disempurnakan pemain import.

“Kita lihat pemain import, Rangel menjaringkan dua gol.  Ini menunjukkan bagaimana pemain import dapat mempengaruhi prestasi pasukan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tetap memuji anak-anak buahnya yang menunjukkan permainan cemerlang dan memuaskan dengan merencanakan beberapa peluang.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Sarawak menentang JDT di Stadium Negeri pada 25 Jun (Rabu) ini.

Thursday, June 19, 2014

Luar Topik: Monyet "Khayal" Gigit Orang

Assalamualaikum wbt.. SalamTigaBelas semua warga Sarawakian. Harap Sihat Selalu Okey.. Mok cita sikit pasal dunia luar dari sukan bolasepak kita ok.. Jom layan isu tok k.. selamat membaca..
 
 

KUCHING: Seekor monyet liar yang dipercayai ‘khayal’ lalu bertindak agresif selepas terminum minyak petrol dari sebuah rumah di Jalan Datuk Amar Stephen Yong di sini berjaya ditangkap malam kelmarin.

Difahamkan, monyet tersebut muncul di kawasan perumahan itu sekitar jam 5 petang Isnin lepas sebelum ia memasuki beberapa buah rumah untuk mencuri makanan.

Beberapa penduduk kawasan itu difahamkan cuba menangkap monyet tersebut, namun tidak berjaya sebelum ia muncul semula sekitar jam 10 malam kelmarin.

“Monyet itu mulanya dika­takan terminum minyak petrol yang disimpan di dalam botol kecil di sebuah rumah di kawasan perumahan tersebut sehingga menyebabkan ia seolah-olah ‘khayal’ dan mula berkelakuan agresif.

“Pemilik rumah dengan bantuan jirannya cuba me­nangkap monyet itu, tetapi sebaliknya ia berjaya melo­loskan diri selain turut men­gigit jari seorang penduduk kawasan berkenaan,” kata sumber.

Risau akan perkara terse­but, mereka menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

Monyet tersebut akhirnya berjaya ditangkap oleh ang­gota JPAM beberapa minit kemudian.
“Selain itu, lelaki yang digigit oleh monyet tersebut juga dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.

Wednesday, June 18, 2014

Sukan Sarawak: MAKSAK Sarawak Sedia Gegar Kuala Lumpur

KUCHING: MAKSAK Sarawak akan mengambil bahagian pada Mini Karnival Sukan MAKSAK Malaysia di Kuala Lumpur.

Kontinjen MAKSAK Sarawak terlibat dalam lima acara sukan merangkumi olahraga, golf, tenis, tenpin boling dan pingpong.

Mini karnival berkenaan disertai penjawat awam seluruh negara berlangsung dari 19 hingga 22 Jun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani yang juga Yang Dipertua MAKSAK Sarawak menyerahkan bendera negeri kepada kontinjen MAKSAK Sarawak.

Kont inj en MAKSAK Sarawak merangkumi 98 ahli diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi MAKSAK Sarawak, Datu Misnu Taha.

Morshidi mengingatkan ahli-ahli kontinjen untuk mempamerkan semangat kesukanan tinggi bagi mengharumkan nama Sarawak.

Tuesday, June 17, 2014

SARAWAK VS PAHANG: DOAKAN SARAWAK MENANG MALAM TOK!

Assalamualaikum wbt... Salam Tigabelas...

Doa dipinta ku tadahkan tangan kumohon doa agar dikau Sarawak yangku cintai MENANG ini malam...Aminnn...


Pa2pun.. Tiket ONLINE untuk game malam tok telah SOLD OUT. Yang tinggal hanya game Sarawak vs JDT iaitu perlawanan terakhir di Stadium Keramat.

Okey.. Malam ini... Jangan lupak jom rami2 kita pegi Stadium Negeri. Ayuhhh... Ohaaa...

DOAKAN SARAWAK MENANG

#misimaokmenangditeruskan.

Wednesday, June 4, 2014

Skuad Renang Bawa Pulang Sembilan Emas

KUALA PERLIS: Skuad renang Sarawak menamatkan saingan SUKMA XVII dengan meraih sembilan emas, lima perak dan tiga gangsa untuk meletakkan mereka kedudukan ketiga di belakang kontinjen Selangor dan Wilayah Persekutuan. Selangor selaku juara mengutip 11 emas, 18 perak dan 13 gangsa manakala Wilayah Persekutuan dengan 10 emas, enam perak dan sembilan gangsa.

Secara keseluruhan, pencapaian kontinjen renang Sarawak dalam acara yang berlangsung selama empat hari tetap membanggakan sekalipun gagal menyamai pungutan 10 emas, empat perak dan tujuh gangsa pada SUKMA 2012 untuk meletakkan mereka di tempat kedua.

Perenang kebangsaaan Welson Sim, Erika Kong dan Angela Chieng membawa pulang tiga emas setiap seorang manakala Vernon Lee menggondol dua emas dan dua perak. Welson turut cemerlang dengan meraih perak dalam acara 4x100m Gaya Bebas, diikuti Angela yang turut menambah satu pingat perak dan satu gangsa. Pemenang pingat lain termasuk Alex Tiong (1 emas, 1 perak, 1 gangsa), Ngui Jiung Wei (1 emas, 1 perak), Nita Wong (1 emas, 1 gangsa) dan Tan Tyng (1 emas).

Kuartet lelaki Sarawak juga berjaya mencatat rekod baharu dalam acara 4x200m Gaya Bebas dengan catatan masa 07:47.31s, memadam rekod lama milik mereka sendiri di Pahang dengan 07:50.29s.
Sekalipun gagal menyamai jumlah pungutan emas pada SUKMA lalu, Ketua Jurulatih Hii Hieng Chiong tetap berbangga dengan prestasi perenangnya pada temasya kali ini.

“Kita menetapkan sasaran tujuh pingat emas kali ini dan saya sangat gembira kerana perenang kita berjaya melepasi sasaran tersebut dengan meraih sembilan pingat emas.“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan prestasi kita kali ini lebih-lebih perenang muda yang semakin menampakkan peningkatan,” katanya di sini semalam. Menurutnya, tiga perenang kebangsaan Welson, Erika dan Angela masih dapat mewakili Sarawak pada SUKMA 2016 sekali gus memberi kepercayaan skuadnya akan lebih menyinar pada temasya itu nanti.

Sementara itu, kontinjen terjun berjaya memperbaiki pencapaian pada temasya kali ini dengan menggondol dua emas, satu perak dan dua gangsa. Penerjun berusia 17 tahun, Slyvester Gaing meneruskan legasi Bryan Nickson Lomas setelah meraih dua emas dalam acara platform dan 3m terjun berirama bersama Carlyse Chan.

Carlyse turut meraih gangsa yang dimenanginya dalam acara 1m Papan Anjal. Di sebalik kejayaan Slyvester, empat penerjun muda Sarawak turut mencuri tumpuan dengan berjaya menyaingi penerjun lain yang jauh lebih tua dan berpengalaman untuk memenangi pingat.

Gandingan Enrique Maccartney (11)/Leo Ah Boon (11) berjaya memenangi gangsa dalam acara Platform Terjun Berirama Lelaki manakala Kimberly Bong Qian Ping (12)/ Tracia Irene Erik (10) menggondol perak dalam acara Platform Terjun Berirama Wanita.