Tuesday, June 25, 2013

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN MENJAMIN KELUARGA YANG BAHAGIA DAN HARMONI

Assalam...

Apa khabar semua sidang pembaca yang setia? Harapan ADMIN SFS hari ini tuan/puan sihat2 belaka hendaknya..Aminnn...

Hari ini ADMIN SFS ingin nak berbicara tentang KESIHATAN & KESEJAHTERAAN, yang mana seperti tuan/puan tahu betapa pentingnya Kesihatan & Kesejahteraan kita bagi menghasilkan KELUARGA YANG BAHAGIA & HARMONI. Mesti dalam hati tuan/puan ingin memiliki Keluarga yang Bahagia & Harmoni betul tak?


Ganbar Sekadar Hiasan

Kerajaan sendiri fokus terhadap kesejahteraan keluarga. Ini bermakna teramatlah penting korang untuk jaga kesihatan. Jangan mudah terpedaya dengan produk-produk kesihatan yang melambak di pasaran sekarang. Ada yang bagus dan ada yang kurang elok untuk kesihatan. Cuma pilihan yang tepat sahaja yang akan menentukannya. Jadi, fokusnya adalah amalan cara hidup sihat amat penting disini.

Hidup kita adalah sementara. tetapi hidup harus diteruskan dengan pelbagai liku2 kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Bagi keluarga muslim, ianya seharusnya fokus ke arah yang betul2 islamik dalam pelbagai aspek, lebih2 lagi bab makanan. Makanan yang baik dan semestinya HALAL adalah perkara UTAMA yang harus dititikberatkan kerna ia akan menghasilkan produk @ insan yang berHATI yang mulia dan baik. Maka itu seterusnya, akan menghasilkan keluarga BAHAGIA.

Banyak lagi acara2 yang bersangkut paut dengan kesihatan, bukan sahaja dari segi pemakanan, senaman, bersukan, beriadah amat penting juga dalam merealisasikan impian setiap insan yang ingin memiliki kesihatan yang optima serta mempunyai keluarga bahagia yang sihat.

Justeru itu, marilah kita sama2 menjaga kesihatan kita denga sebaik2 yang mungkin demi meneruskan sisa-sisa kehidupan yang ada ini. Hidup Hanya Sementara. Marilah kita renungkannya bersama.

Harapan ADMIN SFS hari ini, agar kita sentiasa dilindungi oleh ALLAH dari segala bencana wabak penyakit dan segala macam musibbah melanda keluarga kita. Doa harapan agar sentiasa sihat didalam RAHMAT ALLAH. Aminnnnnn... Sekian. JAZAKALLAH.. ILALLIKA' WA MAASSALAMAH.    

No comments:

Post a Comment