Assalamualaikum..
ADMIN SFS hari ini ingin membincangkan satu topik berkenaan dengan HARI IBU.
Hari Ibu kini adalah satu hari sambutan sebagai penghargaan kepada jasa para ibu seluruh dunia. Kebanyakan sambutan dan tarikh ini tidaklah selaras dari pelbagai negara.
Apakah asal usul Hari Ibu? Satu aliran pemikiran menyatakan bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba yang menyambut satu perayaan unutl Cybele, yakni difahamkan mereka bawah CYbele adalah ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan beberapa ketika lampau kemudian di Rom dari 15 hingg 18 Mac.
Selain itu Masyarakat Rom juga menyambut satu perayaan yang lebih kurang hampir sama. Mereka menyambut perayaan Matroliania bagi memperingati Dewi Juno.
Segelintir rakyat Malaysia bertanggapan sekiranya Umat Islam menyambut Perayaan Hari Ibu ini, ianya adalah tidak bagus lantaran terdapat kenyataan aliran pemikir sebagai sejarah di atas. Namun demikian terdapat dalil dari segelintit para cendiakiawan agama (ulama), ianya tidaklah salah untuk di raih dengan NAWAITU yang betul. Ini kerana masih ramai yang meraihkannya dengan NAWAITU yang murni iaitu hanya ingin menghibur dan meraihkan jasa ibu yang sangat besar terhadap anak-anak. Kebanyakan daripadanya tidak menyimpang siur ke arah berkaitan sejarah di atas. Malahan ramai tidak mengetahui sejarah tersbut lagi. Walaubagaimanapun, mana-mana agama tidak melarang dan mengajar penganutnya ke arah yang baik dengan NAWAITU yang baik.
Apa yang penting disini, ADMIN SFS ingin bagi tahu, NAWAITU yang sangat penting. Apa2 pekerjaan sekalipun yang tidak bercanggah dengan hukum syarak memerlukan NIAT YANG SATU. Niat kerana ALLAH. Akhiri ADMIN SFS dengan LAFAZ -amalmakrufnahimungkar- fisabilillah... BE A GOOD MUSLIM AND DIE AS SYUHADA...
No comments:
Post a Comment