Wednesday, May 22, 2013

ZIKIR MENENTERAMKAN HATI

Allah berfirman yang bermaksud: 
"Orang-orang beriman itu hati mereka tenteram dengan ingat (zikir) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan (zikir) kepada Allah, maka hati tenteram.(Ar-Rad:28)"

Assalamualaikum...

ADMIN SFS hari ini berbicara tentang 'ZIKIR MENENTERAMKAN HATI'. Hari ini lain dari lain, permulaan BICARA dimulakan maksud hadis. Oklah.. ADMIN SFS bermula sekarang.



TAHUKAH ANDA?

Hati itu tidak pernah stabil dan selalu bergelora. Bahkan, geloranya melebihi gelora air ketika mendidih. Sabda Rasulullah s.a.w. Hati perlu distabilkan, agar terjaga "temperatur (suhunya) dan tidak lekas rosak. Tahukah anda cara untuk menstabilkan hati?

Zikir adalah jawapannya. (Ar-Rad:28) menerangkan segala2nya. Sebaiknya, orang muslim berzikir dengan zikir-zikir yang diriwayatkan dari Nabi s.a.w yang dalam ilmu hadith diistilahkan dengan a'tsar, kerana lebih terjamin.

Segala permasalahan yang merunsingkan, membuat kita terutama sekali hati kita tidak tenteram. Jadi ADMIN SFS ingin mengesyorkan supaya kalian mengamalkan ZIKIR supaya HATI dapat diTENTERAMKAN... Wallahu'alam..









Monday, May 20, 2013

BIARLAH BULAN BICARA SENDIRI

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Salam Kekeluargaan... Salam Sayang semua pembaca dan juga blogger2 sekalian..
Hari ini kureng ideala.. nak bicara pasal aper ekk..?

Oklah.. ADMIN SFS hari ini nak cerita pasal 'Biarlah Bulan Bicara Sendiri'. Susah nak cakap!!! Nah!! Biarlah Lirik menerangkan segala-galanya...
Lyrics:

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa
Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan
Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu
Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini
Ok tak? Mcm maner keterangan lirik 'Biarlah Bulan Bicara Sendiri'.. Untuk renungan bersamala ok.. Jangan pernah ada benci ok... Assalam utk semua... ADMIN SFS hari ini mengundur diri dulu yer... Sekian, terima kasih.

Friday, May 10, 2013

SAMBUTAN HARI IBU

Assalamualaikum..

ADMIN SFS hari ini ingin membincangkan satu topik berkenaan dengan HARI IBU.


Hari Ibu kini adalah satu hari sambutan sebagai penghargaan kepada jasa para ibu seluruh dunia. Kebanyakan sambutan dan tarikh ini tidaklah selaras dari pelbagai negara. 

Apakah asal usul Hari Ibu? Satu aliran pemikiran menyatakan bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba yang menyambut satu perayaan unutl Cybele, yakni difahamkan mereka bawah CYbele adalah ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan beberapa ketika lampau kemudian di Rom dari 15 hingg 18 Mac. 

Selain itu Masyarakat Rom juga menyambut satu perayaan yang lebih kurang hampir sama. Mereka menyambut perayaan Matroliania bagi memperingati Dewi Juno. 

Segelintir rakyat Malaysia bertanggapan sekiranya Umat Islam menyambut Perayaan Hari Ibu ini, ianya adalah tidak bagus lantaran terdapat kenyataan  aliran pemikir sebagai sejarah di atas. Namun demikian terdapat dalil dari segelintit para cendiakiawan agama (ulama), ianya tidaklah salah untuk di raih dengan NAWAITU yang betul. Ini kerana masih ramai yang meraihkannya dengan NAWAITU yang murni iaitu hanya ingin menghibur dan meraihkan jasa ibu yang sangat besar terhadap anak-anak. Kebanyakan daripadanya tidak menyimpang siur ke arah berkaitan sejarah di atas. Malahan ramai tidak mengetahui sejarah tersbut lagi. Walaubagaimanapun, mana-mana agama tidak melarang dan mengajar penganutnya ke arah yang baik dengan NAWAITU yang baik.

Apa yang penting disini, ADMIN SFS ingin bagi tahu, NAWAITU yang sangat penting. Apa2 pekerjaan sekalipun yang tidak bercanggah dengan hukum syarak memerlukan NIAT YANG SATU. Niat kerana ALLAH. Akhiri ADMIN SFS dengan LAFAZ -amalmakrufnahimungkar- fisabilillah... BE A GOOD MUSLIM AND DIE AS SYUHADA...

Friday, May 3, 2013

ZIKIR KETENANGAN HATI DAN JIWA

Assalamualaikum semua,

ADMIN SFS hari ini ingin nak berzikir. Tenang sungguh hati ini bila ikut serta berzikir ni. Mudah-mudahan zikir ini sampai sehingga mendapat pahala disisi Allah swt. Inshaa Allah.. Aminnn...


Oklah.. Jom.. mari kita sama-sama berzikir dengan Zikir Ketenangan Hati dan Jiwa.. Selamat Berzikir..


Akhir kalam,
ADMIN SFS ingin berpesan sesama kita gar sentiasa berzikir sentiasa mengingati Allah swt. Kerna tiada bezanya orang kafir dengan orang islam sekiranya tidak diisi di dalam dirinya dengan zikir kepada Allah swt.. Wallahua'lam.. Sekian... Assalam..

Thursday, May 2, 2013

JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT

Assalamualaikum wbt..
"JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT"



Sebelum ADMIN SFS nak gi solat Asar, ADMIN SFS ingin mengingati sekalian umat islam supaya jangan sesekali tinggalkan solat anda kerana Solat itu Tiang Agama Islam. 

Oklah, ADMIN SFS tinggalkan korang dengan lagu dari Iwan Syahman dengan lagunya Shalat Dulu. Semoga anda terhibur hendaknya. Sesapa yang belum solat asar, silalah solatlah dulu... Jom Solat...



Akhir sekali, Solatlah dulu... Tunaikan kewajipan anda sebagai orang islam.. Yang baik datang dari Allah, Yang buruk tu, datang dari kelemahan ADMIN SFS itu sendiri... Assalam..

Wednesday, May 1, 2013

KEJAYAAN HARI INI ADALAH KEJAYAAN SEMENTARA

Assalamualaikum


 

salam semua...

ADMIN SFS ingin berbicara tentang perkara seperti tajuk di atas. Kejayaan hari ini, adalah kejayaan sementara. Segalanya datang dari Allah swt. Dunia sementara, akhirat jua kekal selamanya.. Jgn ingat kamu berjaya hari ini kejayaan abadi, percayalah.. Segala harta,kekayaan, pangkat tiada maknanya,semuanya hanyalah pinjaman semata-mata.

Akhir kalam,
Kita sebagai umat manusia, haruslah sentiasa ingat dan sentiasa ingat bahawasanya, semuanya yang datang samaada yang baik maupun yang jahat, itu semua ujian cabaran kita macam mana kita hendak mengatasi segala ujian itu. Akhiri, segala-segalanya semuanya datang dari yang Maha Esa Sang Pencipta. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dan yang kurang elok datangnya dari kelemahan saya sendiri.. Wallahu'alam..