Tuesday, March 31, 2015

Alberts Yakin Patrick Mampu Menyengat

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts yakin kehadiran bek baharu dari Liberia, Patrick Gerhadt Nyema mampu menyuntik semangat pasukannya menghadapi baki perlawanan pada saingan Liga Super 2015.

Pengendali dari Belanda itu berkata, masalah di bahagian pertahanan diharap dapat diatasi selain barisan serangan perlu memperkemas corak persembahan.

“Saya berharap bahagian pertahanan akan terus mantap dengan kehadiran Gerhadt. Begitu juga barisan serangan perlu lebih tajam berbanding sebelum ini,” katanya di sini semalam.

Alberts berkata, Sarawak berdepan tugas getir selepas ini apabila menghadapi perlawanan menentang PDRM yang pernah mengalahkan JDT.

“Saya berharap para pemain dapat bangkit pada perlawanan akan datang terutamanya ketika menentang PDRM pada 3 April ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, prestasi tidak menentu pasukannya selepas mengharungi lima perlawanan turut disebabkan kecederaan beberapa pemain utama.

“Faktor kecederaan pemain- pemain utama sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan kita untuk memburu kemenangan,” katanya.

Alberts turut menyedari semua pasukan beraksi dalam saingan Liga Super 2015 bermain bermati-matian untuk mengelak daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana musim depan.

♡SARAWAK IBUPERTIWIKU♡
★GM★

Sakitnya Tuh Di Sini VERSI ISLAMIK...LAYAN

VERSI ISLAMIK...LAYAN
Sakitnya tuh di sini
Di Dalam Kuburan
Sakitnya Tuh Disni
Tak Baca Al-qur’an
Sakitnya Tuh Disini
Pasti Kau Dapatkan
Sakitnya Tuh Disni
Allah Engkau Duakan
Teganya Hati mu
Tidak Baca Al-qur’an
Sadisnya Caramu
Sholat Kau Tingalkan
Sakitnya Siksamu
Kau Lakukan Itu
Didepan Tuhanmu
Apa yang Kau Katakan
Sakitnya tuh di sini
Di Dalam Kuburan
Sakitnya Tuh Disni
Tak Baca Al-qur’an
Sakitnya Tuh Disini
Pasti Kau Dapatkan
Sakitnya Tuh Disni
Allah Engkau Duakan
Sakit…Sakit..
Sakitnya Tuh Disini
Teganya Hati Mu
Qur’an Tak Kau Amalkan
Sadisnya Cara Mu
Akhirat Kau Lupakan
Sakitnya Siksamu
Kau Lakukan Itu
Di Depan Tuhanmu
Apa yang Kau Katakan
Sakitnya tuh di sini
Di Dalam Kuburan
Sakitnya Tuh Disni
Tak Baca Al-qur’an
Sakitnya Tuh Disini
Pasti Kau Dapatkan
Sakitnya Tuh Disni
Allah Engkau Duakan 2x
Sakit…Sakit..
Sakitnya Tuh Disini
♡ALLAH TUHANKU SARAWAK IBUPERTIWIKU♡
★GM★

Friday, March 6, 2015

Ronny Bergelut Untuk Cergas Sepenuhnya, Besar Kemungkinan Tidak Diturunkan Menentang JDT Esok

KUCHING: Pengendali Sarawak, Robert Alberts menarik nafas lega selepas beberapa pemain utama semakin pulih dari masalah demam yang melanda skuadnya sejak minggu lepas.

Tegasnya, perkembangan positif itu memberi tonik kepada Sarawak ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menjadi tetamu skuad gergasi, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos pada Sabtu ini.

Menurutnya, keadaan Billy Mehmet, Ivan Fatic, Shahrol Saperi dan Mohd Fadzley Abdul Rahim yang sebelumnya dibelenggu masalah demam menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Penjaga gol kedua, Aidil Mohamad yang turut mengalami nasib serupa juga dijangka pulih sepenuhnya meskipun sebelum sesi latihan semalam terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Cuma pemain pertahanan Ronny Harun dilihat masih bergelut untuk cergas sepenuhnya dan besar kemungkinan tidak diturunkan.

“Tonik untuk skuad selepas Billy, Ivan, Fazley dan Shahrol dilihat semakin pulih dari masalah demam. “Namun, saya masih ragu-ragu samada mahu menurunkan Ronny kerana keadaannya masih belum mengizinkan.

“Kita tidak mahu menurunkan pemain yang tidak cergas kerana perlawanan Sabtu ini cukup penting,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Padang C semalam.

Menurut Alberts, beliau amat berharap Ronny dapat diturunkan kerana menyedari Sarawak bakal berdepan tugas berat untuk mengekang asakan penyerang JDT.

“Saya masih mempunyai ramai pemain yang dapat digunakan. Namun, kita harus memastikan pemain yang tepat diturunkan kerana JDT bukanlah lawan yang mudah.

“Kita sedar JDT akan menurunkan barisan terkuat mereka demi untuk menebus kekecewaan selepas tersingkir dari saingan Piala FA.”

Alberts pada masa sama tidak menolak kemungkinan untuk melakukan rombakan kecil sekiranya keadaan pemain utama masih tidak mengizinkan.

Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kecergasan pemain pada Sabtu nanti.Sementara itu, perlawanan antara JDT dan Sarawak turut disiar secara langsung menerusi saluran TV3 pada jam 8.45 malam.

Sarawak ketika ini menduduki tangga kenam manakala JDT di tangga ketujuh.