Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Lama sudah menyepi. Kini kembali untuk memporetkan dirik... Benarkah "Sarawak Ngap Sayot Mengoncang Malaysia?" Apa pendapat dan pandangan kitak orang?
Pada pendapat kamek Pasukan Ngap Sayot tok mengambil inisiatifnya demi mentranformasikan bolasepak Sarawak yang moden
dan corak permainan secara total. Kamek sik menyangkal bahawa semenjak
tahun 1989, Pasukan Sarawak yang lebih dikenali dengan pasukan Ngap
Sayot begitu digeruni oleh pasukan lawan sama ada dalam Liga Semi-Pro
ataupu Piala Malaysia. Bahkan pasukan Sarawak pada dekad
tersebut menjadi pasukan pilihan dalam setiap perlawanan dan sentiasa
meyakinkan untuk mendapat kemenangan.
Pasukan
Ngap Sayot yang dibimbing oleh jurulatih Awang Mahyan pada masa ya
telah mendominasi arena bolasepak dan sentiasa mendapat perhatian utama
di setiap akhbar tempatan. Kekuatan pasukan Sarawak sik dapat
dikekang dengan semangat pemain-pemain dengan kecergasan fizikal yang
tinggi dan semangat penyokong-penyokong di Stadium yang unik dan hebat
sekaligus menjadi saingan yang sengit kepada pasukan yang kuat
terutamanya Kedah, Selangor, Singapura dan Kuala Lumpur. Slogan Ngap
Sayot di kalangan anak-anak tempatan yang menjadi penyokong setia
sentiasa memberi aura sekaligus membakar semangat kepada pemain-pemain
untuk berjuang kea rah kemenangan.
Sememangnya sik disangkal pada masa ya, corak permainan Sarawak yang pantas dan keras
dengan tahap fizikal yang tinggi menjadikan pasukan lawan ‘kalah bulu’
dan gentar dengan corak permainan Sarawak yang sentiasa menyerang. Kamek masih ingat agik pada masa ya, setiap gerakan serangan sama ada
bahagian sayap atau bahagian tengah dialuni dengan geruan dan sorakan
penyokong di Stadium menjadikan keseluruhan Stadium Sarawak ‘bergegar’,
bahkan sehinggakan pengadilan dipersoalkan oleh penyokong jika
keputusan berpihak kepada pasukan lawan jika berlakunya kesilapan
kecil.
Kehebatan
penyokong-penyokong pasukan Ngap Sayot yang luar biasa dan sik
berbelah bahagi apatah agik kepada sidaknya yang fanatik dan mempunyai
semangat kenegerian. Laluan utama ke Stadium sentiasa sesak sehinggakan
limpahan jumlah penonton sehingga ke trek Stadium pun menjadi cabaran
utama pihak keselamatan dikalangan FRU Polis dan Rela untuk berkawal.
Manakala, mereka yang tidak berkesempatan ke Stadium juga mengambil
peluang mendengar ulasan langsung daripada corong radio RTM Sarawak.
Pemain-pemain seperti Mohd. Ali Shafiee, Jalil Ramli, Roslan Ismail,
Afandi Jol dan sehebat dengan barisan utama pasukan sentiasa menjadi
idola penyokong ketika ya sekaligus menidakkan sumbangan besar daripada
Jurulatih, Awang Mahyan.
Itulah
petunjuk kebangkitan pasukan Sarawak pada ketika ya yang mengamalkan
permainan yang pantas, keras, dan kasar serta seimbang dalam membuat
serangan. Ini ditambah lagi dengan sokongan hebat penonton di Stadium.
Pernah suatu ketika, berlaku terjahan-terjahan kasar jika kekalahan
berlaku pada saat-saat akhir apatah lagi dengan keadaan pemain-pemain
yang emosi. Tahun demi tahun selepas itu, Sarawak mengalami beberapa
siri kekalahan dan dominasi pasukan Sarawak semakin luntur dan tidak
digeruni lagi. Pelbagai usaha dilakukan selepas itu, tetapi sikda
perkembangan yang lebih positif berlaku. Semenjak itulah, peminat
bolasepak Sarawak yang dulunya fanatik sikda agik datang ke Stadium.
Yang dulunya sokongan penyokong adalah luar biasa menjadi ‘sik biasa’,
sehinggakan putus asa untuk mengikuti perkembangan bolasepak negeri.
Itu
adalah nostalgia kehebatan pasukan Sarawak dahulu. Tapi hari tok,
Pasukan Bolasepak Sarawak telah melalui perubahan landskap dan gelombang
baru dengan memberi fokus kepada tahap permainan yang berprofail
tinggi serta berpaksikan kepada skill, taktik, strategi, profesional
dan corak permainan yang moden. Skill individu dan pasukan adalah
menjadi tonggak utama dengan pendekatan taktik dan strategi secara
professional oleh jurulatih (Robert Albert) yang berpengalaman dan
bertaraf antarabangsa sekaligus menjadi hipotesis utama kepada anjakan
cara permainan moden. Corak permainan yang moden dan berskill tinggi
ini memberi dimensi dan perspektif baru kepada pasukan Sarawak. Inilah
pendekatan yang diusahakan oleh Persatuan Bolapsepak Sarawak yang perlu
dilaksanakan sepenuhnya.
Kalau
kita lihat kepada Liga Bolasepak Antarabangsa terutamanya English
Premier League (EPL), LA Liga (Liga Sepanyol), Serie A (Liga Itali) dan
setaraf dengannya mengamalkan corak permainan berskill tinggi serta
mempunyai taktik permainan bertaraf dunia. Contohnya, pasukan Barcelona
diiktiraf sebagai pasukan Kelab terbaik dunia apabila memenangi
Liga-liga juara Eropah 2011, juara LA Liga dan beberapa pertandingan di
peringkat Eropah. Jika anda lihat ,corak permainan pasukan Barcelona
yang mengamalkan permainan berskill tinggi.
Pemain
seperti Lionel Messi, David Villa, Pedro, Puyol, Xavi, Inniesta, Alves
dan sehebat dengannya mempunyai skill individu yang tinggi, apatah
lagi dengan corak permainan yang berstruktur, bergerak secara
organisasi (berpasukan), hantaran yang tepat dan pendek dan mempunyai
taktikal yang tinggi dan pendekatan ‘fair play’ yang diterapkan oleh
jurulatihnya (Giordola) sekaligus memberi impak kepada kemenangan Kelab
tersebut di peringkat Eropah.
Kebanyakkan
pemain ini diangkat sebagai pemain pasukan Kebangsaan Sepanyol dan
menjadi pasukan berada kelas pertama dunia. Usaha-usaha ini bukanlah
hanya sekelip mata bahkan hakikatnya ia telah melalui proses
transformasi selama 2 dekad yang lalu di Sepanyol. Cabaran
sedekad ini adalah apabila Negara Jerman dan Jepun dalam usaha untuk
meniru dan mengadaptasikan corak dan gaya permainan Negara Sepanyol.
Sehinggakan Negara Cina dalam usaha untuk meniru dan melatih pemainnya
seperti Lionel Messi. Bayangkan...
Secara
perspektifnya, kita dapat melihat bagaimana dengan kehebatan skill,
taktik, strategi, corak permainan dan pengalaman pemain-pemain yang
bertaraf dunia memberi impak kepada keseluruhan pembangunan bolasepak
Negara tersebut. Malahan, pembangunan bolasepak di peringkat akdemik
juga menitikberatkan skill individu dan taktikal yang tinggi. Inilah
dinamakan permainan bolasepak secara total dan moden. Persoalannya,
mampukah kita merealisasikan impian pasukan Negeri Sarawak seperti Kelab
Barcelona yang diangkat sebagai pasukan terbaik dunia? Mampukah kita
mengikuti corak permainan moden Barcelona untuk diadaptasikan kepada
pasukan Negeri kita? Mampukah kita melahirkan pemain seperti Xavi,
Inniesta, Lionel Messi dan sebaris hebat dengannya? Adakah kita sebagai
pemerhati hanya membanggakan Kelab Barcelona sebagai Kelab Idola kita
dengan memakai pakaian Barcelona lalu mendabik dada kepada rakan-rakan
kita yang meminati Kelab-kelab lain Eropah (Manchester United,
Liverpool, Arsenal, Chelsea, Ajax, Bayern Munchern, Porto, Inter Milan)?
Bayangkan,
jika Bolasepak Negeri Sarawak menjadikan Kelab-kelab terbaik dunia
sebagai kayu pengukur kepada pembangunan bolasepak secara total dengan
mengambilkira skill, permainan moden dan taktikal yang tinggi, saya
percaya suatu hari nanti tidak hairanlah pasukan kita diangkat ke tahap
yang lebih tinggi sekali di mata dunia bahkan pemain-pemain tempatan
menjadi pemain import kepada Kelab-kelab terbaik dunia.
Saya
percaya, inilah usaha yang sedang dilaksanakan oleh Persatuan Negeri
Sarawak ke arah memajukan dan memodenkan permainan bolasepak Negeri
Sarawak. Usaha ini telah terbukti melalui pendekatan dan kemenangan di
peringkat Liga Malaysia dan berada kedua terbaik dalam liga. Yang paling
penting adalah sokongan dan gelombang aura Ngap Sayot yang dulunya
mengegarkan Stadium amat diteguhi sepenuhnya dalam arena Liga Super
tahun ini. Dengan “Game Plan” dan adunan permainan yang moden
serta berskill tinggi diikuti dengan sokongan penyokong Ngap Sayot
dijangka akan memberi suntikan yang tinggi sekali kepada pemain-pemain
agar mencapai kemenangan dalam liga-liga domestik pada masa akan datang.
Usaha yang berterusan ini sentiasa dipertingkatkan, malahan pendedahan
pemain-pemain dan pengalaman jurulatih Negeri Sarawak, Robert Albert
di peringkat antarabangsa sentiasa mengikuti perkembangan dan
perbincangan taktikal dengan rakan-rakan di luar Negara akan
diperluaskan sekaligus merealisasikan usaha menjadikan Sarawak sebagai
pasukan No. 1 dan berprestasi tinggi di Malaysia.
Come
On, Ngap Sayot, Encang Sarawak, Bujang Senang dan apa jua slogan yang
diperjuangkan semata-mata untuk kemenangan pasukan Sarawak, bersatulah,
penuhilah dan gegarlah stadium Negeri kita. Anak-anak Sarawak di
segenap ceruk inci tanah di Sarawak dan juga mereka yang berada di
Semenanjung, bergemalah dan bersatu memberi semangat luar biasa kepada
pasukan kita. Sesungguhnya, semangat luar biasa ini akan akan memberik
impak yang besar sekaligus memartabatkan maruah pasukan Sarawak di
arena sukan bola sepak masa kinektok dan sampey bila2.
Salam sayang,
Penyokong Tegar Ngap Sayot