Tuesday, December 22, 2015

SARAWAK ENCARIK PEMAIN PERTAHANAN IMPORT

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua warga sarawak terutama sekali Penyokong Bolasepak Sarawak. Semoga kitak orang semua sihat hendaknya hoo...tok nak cerita pasal Sarawak Ngambik Pemain Import. Jommm...

Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi madah, beberapa sidak nembiak import sedang didiat oleh sidaknya bagi menuh 2 igek tempat yang masih belum diisik dalam Skuad Sarawak kinek tok. Namun nya menafi bahawa bekas penyerang nok dolok iaitu Muamer Salibasic antara calon juak kedak nok diheboh ngan dipadah oleh sidak dalam laman sosial kinektok.

Sabtu dolok sidak FAS ngambik bekas pemain Kelantan, Gilmar Jose Da Silva ngan bekas penyerang Felda United iaitu Makeche Ndumba. Di samping ya, Sarawak menawarkan kontrak muka baru tempatan ngan sidak dari Rimo Muda A, Syahrul Azwari Ibrahim, Selangor, Gurusamy Govandar Kandasamy, N.9 Matrix,Mohd.Akmal Mohd.Nor ngan Penjaga Gol dari T-Team, Mohd Shahril Sa'ari.

Tumpuan sidak FAS tok adalah mencarik calon import baru untuk diisik kedalam slot pertahanan. Ya terpulanglah ngan Ketua Jurulatih Baru Sarawak (Datuk K.Rajagopal).Nyo nak milih sapakah, yang penting pilihannya adalah yang terbaik bukan ajak terbaik dari matanya malah terbaik dari mata Penyokong Bolasepak Sarawak.

Setakat tok Skuad Sarawak belum ada gik senarai sidak pemain, namun pemain yang bakal diserapkan adalah dalam sekitar 70 peratus.

Semoga dengan adanya pemain-pemain pilihan dari Datuk K.Rajagopal, dapat merancakkan lagik game musim baru kelak. Mudah-mudahan kacak n bertenagalah permainan sidak team Sarawak kelak hooo...Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin...

      

Monday, December 14, 2015

INGIN MENJADI PENGARANG DI BLOG SFS TOK?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Selamat Malam Semua Penyokong Bolasepak Sarawak (SFS). Diharap semua sihat selalu hendaknya bersama insan dan keluarga tersayang.

Di penghujung tahun 2015 tok, banyak pahit manis juga pengorbanan KITA bersama Team Kesayangan kita SARAWAK FA. Ada yang sanggup menghabiskan masa dan duit demi menyokong pasukan kesayangan kita bait bermain ditempat sendirik maokpun ditempat lawan. Admin SFS ‪#‎RESPECT‬.

Untuk ya, kamek wakil Admin SFS ingin berik sedikit PENGHARGAAN & UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH yang sik terhingga kepada SARAWAK FOOTBALL SUPPORTERS (SFS).

Sehubungan dgn ya juak, Admin Blog SFS--> http://sarawakfootballsupporters.blogspot.com memberik peluang kepada peminat2 setia Penyokong Bolasepak Sarawak untuk menjadi Pengarang di blog SFS.

Bagi yang betul2 berminat silalah PM Admin, Personal Detail & Email kitak org untuk diINVITED menjadi PENGARANG di Blog SFS.

Kerjasama dan sokongan dari Penyokong Bolasepak Sarawak (SFS) amatlah dihargai...STK
 
SATU JIWA SATU HATI

Wakil Admin SFS
★GM★"
 
SAPA2 YANG BERMINAT JOMMMM!!!
JADILAH SEBAHAGIAN DARI KAMI
SARAWAK FOOTBALL SUPPORTERS
<<<S F S   ADMIN>>>

Thursday, November 12, 2015

SUKA DAN DUKA JOSEPH

Assalamualaikum dan Selamat Petang Warga SFS. Hope semua sihat k..

Pejam celik pejam celik...paduhal lamak dah sik updated blog SFS tok ow... errrrrrmm...

Wokeylah.. papapun.. Admin hope semua sentiasa Supports Team Kesayangan kita walau dimana mereka berada.


 
Joseph Bergambar dengan Isteri dan Anaknya 

Berbalik ngan tajuk yang mok dicerita admin petang tok ialah, Suka duka Joseph. Seperti yang kitak orang tauk, pada 7 November 2015, 4 hari yang lalu, bini Joseph telah selamat melahirkan anak mungasnya,ya yang SUKAnya dan yang DUKAnya Joseph digantung 5 perlawanan dan didenda RM1500 oleh FAM gara2 berkelaie ngan players Perak riya.

Tapi untuk information kitak orang, Joseph telah molah surat rayuan ngan FAM supaya sik banyak gilak denda ngan penggantungannya dikurangkan..Mudah2an rayuan Joseph dipertimbangkan.

Sama2 kita doakan k... Ya ajaklah...k babai... 

Sunday, September 20, 2015

Sarawak FA 0-1 Perak FA, Ada Aku Kesah!

Assalamualaikum...Salam Sejahtera & Salam Tiga Belas.

Asal pejam jak celik, asal celik jak pejam. Ya lumrah kehidupan. Yang penting kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberik toi sik?

Disitok terlebih dolok admin SFS nak mohon seribu kemaafan sebab lamak dah sik menconteng blog tok. Hihihihu

Topik ritok yg admin mok sampeykan adalah match sarawak malam tadik. Mesti kitak orang sik berapa rindok nak ndiat nak? Toi x? Apa punca nya admin pun sik tauk.

Gol mudah yang berik oleh Rames nang apalah!!! Dalam petak penalti pun mok nak makey skill. Macamlah international gilak. Mistake ya nang sik patut dipolah oleh Rames bah.Pa2pun, admin paham yang kita tok memang sik lari dari kesilapan.

Mesti kitak orang perasan nak, dari awal sampey habis nang sik alah2 jak berat sebelah. Sik pahamlah kenak sidak sinun terlalu mengirikkan dirik ow!? Baitnya referee maokpun penguras yang menguras.Ntah apa2 jak diurasnya. Yg pengadilnya, silap sikit team Sarawak terus kenak kad kuning. Bila team lawan molah kasar bentes sia sitok, nisik ada kenak kad mcm xda pa2 belaku. Ya rindok gilak...

Sarawak tewas malam tadik pun tewas biasa2 jak...Ada Aku Kesah!!! Scorer pun bekas player sarawak B.Gonzalez. Apa ertinya.Nang sikda erti langsung. Umpama Sarawak sendirik yang score...hahahaha...

Pa2pun percaturan sarawak malam tadik boleh lagik ditahap memuaskan. Shooting ganas... perlu dipertingkatkan dibhgian pertahanan.terlalu longgar.Sik kebal gilak kubu kita. Dibahagian seranganpun camya juak, sikda penyudah terus.

Diharap lepas tok, team sarawak berhati2 dalam game lain kelak. Sarawak sentiasa dihati. Kalah Menang kita tetap bersama.

Klah...selamat maju jaya... #kipidap #dongibap ok... bye...sampey jumpa agik. Lak kita sembang gik kelak k... 

Thursday, August 20, 2015

CERITA KITA: NOSTALGIA PERAUK TAMBANG SARAWAK

Assalamualaikum... Admin nak belanja sikit pasal nostalgia perauk tambang kita di Sarawak oww...

Perahu tambang, atau dikenali oleh penduduk Kuching sebagai 'perauk tambang' merupakan nostalgia sejarah lama Kuching yang menjadi pengangkutan utama sejak sekian lama. Ketika Briged PGA PDRM yang kini menjadi tapak kepada bangunan gah Dewan Undangan Negeri (DUN Sarawak) yang baharu, perahu tambang merupakan nadi kepada penduduk Briged PGA. Dahulu, dengan tambang 30 sen satu hala perjalanan, tambang perahu tambang kini meningkat menjadi 50 sen, hanya beza 20 sen untuk dijadikan alat pengukur kepada jasa pak tambang dan keunikan gondola versi Sarawak yang tidak ada di mana-mana tempat di Malaysia.
Dikatakan pada tahun-tahun yang seterusnya, Kuching Waterfront dan DUN akan dihubungkan dengan satu jambatan sebagai jalan perhubungan yang lebih kondusif dan moden. Kini, perahu tambang bukan saja dilihat sebagai pengangkutan awam tetapi juga menjadi kenderaan paling murah dan bernostalgia bagi pelancong dalam dan luar negara menikmati Sungai Sarawak dan Tebingan Kuching yang dilimpahi cahaya neon yang mengasyikkan pada waktu malam. Bukan itu sahaja, perahu tambang sudah lama berkhidmat sebagai agen pengiklanan menerusi gambar produk seperti Sunsilk pada atap perahu. Sebenarnya, ia agak efektif dan menarik perhatian. Cuma, apa yang dibimbangkan ialah keperluan dan khidmat pak tambang, sama ada mereka diperlukan atau budaya yang berusia beratus-ratus tahun ini terhapus begitu saja.
Bagi saya, tidak kira apapun jenis jambatan yang mahu pihak berwajib lakukan, diharap agar khidmat perahu tambang ini kekal sebagai subjek pelancongan di bawah tanggungjawab pihak yang berkenaan. Semoga warisan lama perahu tambang ini terus dijaga sebagai nostalgia rakyat Sarawak.
Lagu Nostalgia Perahu Tambang>>> http://www.youtube.com/watch?v=bGYYG4dm_k8

Admin belanja lagu debah tok ngan kitak orang k...Selamat mendengar dan menghayatinya.. Jom lagu sama2 juh...u...uuu...uuu...Ohaaaaaa...


Lirik Lagu Rakyat Sarawak (Oh Pak Tambang)

Meluncur perahu tambangan sayang,
Menuju tepi seberang,
Putih, kuning, perang,
Berkilauan warna bergerak,
Itu penambang negeri Sarawak
Bar mengebar, bor  mengebor,
Bar mengebor bunyinya dayung,
Rok mengerok rak mengerak,
Bunyi perahu menyusur ombak,
Sungai Sarawak penuh keliaran perahu tambang (ya sayang),
Hilir mudik mansang berlawan,
Menyusur arus bawa penumpang,
Bar mengebar, bor  mengebor,
Bar mengebor bunyinya dayung,

Rok mengerok rak mengerak,
Bunyi perahu menyusur ombak,

Kayuh pak tambang rempuh angin, air berpusing (ya sayang)
Singgah di Koteng memunggah jering,
Menyusur siring  terus ke Pending,

Bar mengebar, bor  mengebor,
Bar mengebor bunyinya dayung,
Rok mengerok rak mengerak,
Bunyi perahu menyusur ombak,

Kampung ya Boyan, Kampung Gersik Kampung Semarang (ya sayang),
Surabaya, Panglima Seman,
Di Tupong Ulu Sinjan ke Kampung Lintang,
Bersesar orang di Kalan Apong, di Kalan Panjang,
Berkejar-kejaran orang ke pasar Kalan Cik Omar,
Mudik ke ulu menuju Pengkalan Batu,
Singgah di Ceko di Pasar Minggu,
Oh Pak Tambang~ 
Oh Pak Tambang~ 
Bawa penumpang sepanjang malam,

Bar mengebar, bor  mengebor,
Bar mengebor bunyinya dayung,
Rok mengerok rak mengerak,
Bunyi perahu menyusur ombak.
Maklumat lagu:
  • Koteng merupakan kawasan kubur keramat terletak di Tupong. Pernah menjadi tempat memohon hajat. Tetapi ia tidak dipuja lagi.
  • Pending, Boyan, Gersik, Semarang, Surabaya, Panglima Seman, Tupong Ulu, Sinjan, dan Lintang merupakan nama tempat/kampung.
  • Kalan merupakan singkatan daripada perkataan pangkalan atau pengkalan.
  • Ceko, tempat menjual barang basah dan sayur-sayuran kini sudah tidak wujud lagi.
  • Kalan Cik Omar merupakan nama asal bagi Pangkalan Boyan.

Tuesday, March 31, 2015

Alberts Yakin Patrick Mampu Menyengat

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts yakin kehadiran bek baharu dari Liberia, Patrick Gerhadt Nyema mampu menyuntik semangat pasukannya menghadapi baki perlawanan pada saingan Liga Super 2015.

Pengendali dari Belanda itu berkata, masalah di bahagian pertahanan diharap dapat diatasi selain barisan serangan perlu memperkemas corak persembahan.

“Saya berharap bahagian pertahanan akan terus mantap dengan kehadiran Gerhadt. Begitu juga barisan serangan perlu lebih tajam berbanding sebelum ini,” katanya di sini semalam.

Alberts berkata, Sarawak berdepan tugas getir selepas ini apabila menghadapi perlawanan menentang PDRM yang pernah mengalahkan JDT.

“Saya berharap para pemain dapat bangkit pada perlawanan akan datang terutamanya ketika menentang PDRM pada 3 April ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, prestasi tidak menentu pasukannya selepas mengharungi lima perlawanan turut disebabkan kecederaan beberapa pemain utama.

“Faktor kecederaan pemain- pemain utama sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan kita untuk memburu kemenangan,” katanya.

Alberts turut menyedari semua pasukan beraksi dalam saingan Liga Super 2015 bermain bermati-matian untuk mengelak daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana musim depan.

♡SARAWAK IBUPERTIWIKU♡
★GM★

Sakitnya Tuh Di Sini VERSI ISLAMIK...LAYAN

VERSI ISLAMIK...LAYAN
Sakitnya tuh di sini
Di Dalam Kuburan
Sakitnya Tuh Disni
Tak Baca Al-qur’an
Sakitnya Tuh Disini
Pasti Kau Dapatkan
Sakitnya Tuh Disni
Allah Engkau Duakan
Teganya Hati mu
Tidak Baca Al-qur’an
Sadisnya Caramu
Sholat Kau Tingalkan
Sakitnya Siksamu
Kau Lakukan Itu
Didepan Tuhanmu
Apa yang Kau Katakan
Sakitnya tuh di sini
Di Dalam Kuburan
Sakitnya Tuh Disni
Tak Baca Al-qur’an
Sakitnya Tuh Disini
Pasti Kau Dapatkan
Sakitnya Tuh Disni
Allah Engkau Duakan
Sakit…Sakit..
Sakitnya Tuh Disini
Teganya Hati Mu
Qur’an Tak Kau Amalkan
Sadisnya Cara Mu
Akhirat Kau Lupakan
Sakitnya Siksamu
Kau Lakukan Itu
Di Depan Tuhanmu
Apa yang Kau Katakan
Sakitnya tuh di sini
Di Dalam Kuburan
Sakitnya Tuh Disni
Tak Baca Al-qur’an
Sakitnya Tuh Disini
Pasti Kau Dapatkan
Sakitnya Tuh Disni
Allah Engkau Duakan 2x
Sakit…Sakit..
Sakitnya Tuh Disini
♡ALLAH TUHANKU SARAWAK IBUPERTIWIKU♡
★GM★

Friday, March 6, 2015

Ronny Bergelut Untuk Cergas Sepenuhnya, Besar Kemungkinan Tidak Diturunkan Menentang JDT Esok

KUCHING: Pengendali Sarawak, Robert Alberts menarik nafas lega selepas beberapa pemain utama semakin pulih dari masalah demam yang melanda skuadnya sejak minggu lepas.

Tegasnya, perkembangan positif itu memberi tonik kepada Sarawak ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menjadi tetamu skuad gergasi, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos pada Sabtu ini.

Menurutnya, keadaan Billy Mehmet, Ivan Fatic, Shahrol Saperi dan Mohd Fadzley Abdul Rahim yang sebelumnya dibelenggu masalah demam menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Penjaga gol kedua, Aidil Mohamad yang turut mengalami nasib serupa juga dijangka pulih sepenuhnya meskipun sebelum sesi latihan semalam terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Cuma pemain pertahanan Ronny Harun dilihat masih bergelut untuk cergas sepenuhnya dan besar kemungkinan tidak diturunkan.

“Tonik untuk skuad selepas Billy, Ivan, Fazley dan Shahrol dilihat semakin pulih dari masalah demam. “Namun, saya masih ragu-ragu samada mahu menurunkan Ronny kerana keadaannya masih belum mengizinkan.

“Kita tidak mahu menurunkan pemain yang tidak cergas kerana perlawanan Sabtu ini cukup penting,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Padang C semalam.

Menurut Alberts, beliau amat berharap Ronny dapat diturunkan kerana menyedari Sarawak bakal berdepan tugas berat untuk mengekang asakan penyerang JDT.

“Saya masih mempunyai ramai pemain yang dapat digunakan. Namun, kita harus memastikan pemain yang tepat diturunkan kerana JDT bukanlah lawan yang mudah.

“Kita sedar JDT akan menurunkan barisan terkuat mereka demi untuk menebus kekecewaan selepas tersingkir dari saingan Piala FA.”

Alberts pada masa sama tidak menolak kemungkinan untuk melakukan rombakan kecil sekiranya keadaan pemain utama masih tidak mengizinkan.

Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kecergasan pemain pada Sabtu nanti.Sementara itu, perlawanan antara JDT dan Sarawak turut disiar secara langsung menerusi saluran TV3 pada jam 8.45 malam.

Sarawak ketika ini menduduki tangga kenam manakala JDT di tangga ketujuh.

Thursday, February 26, 2015

Kelantan FA Tekad Tebus Kecewa Temui Sarawak FA di Kuching

Assalamualaikum Hi Bujang Senang...
Yuk mari kita renung2kan sikit sebanyak kata-kata semangat Presiden Kelantan FA kepada Pasukan Kelantan FA.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberi kata semangat kepada pemainnya sebagai persiapan menentang Sarawak di Padang Mardi, Kubang Kerian. - Foto Nik Abdulah Nik Omar

"KOTA BHARU: Kelantan akan turun dengan kekuatan maksimum menjelang aksi pertama Piala FA menentang Sarawak di Stadium Negeri di Kuching, Jumaat tok(Esok Hari).
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan Kelantan perlu kembali kepada prestasi sebenar selepas tewas 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu.
"Saya mahu pastikan kita (Kelantan) turun dengan kekuatan maksimum dan saya nak pasukan bermain bersungguh-sungguh, kalau lepas laluan pertama ini laluan untuk ke suku akhir mungkin lebih mudah."
Persoalannya, berjayakah Sang Kijang melompat-lompat di Stadium Keramat malam esok? Sama2 kita ndiat k... Babai Pak Salai...

Monday, February 23, 2015

Robert Albert VS George Boateng Siapa WOW!?

Assalamualaikum Sang Penyokong Setia SFS yang dihormati...

Apa khabar semuanya...? Harap sihat hendaknya..

Seri semalam bukan bermakna seri selamaknya...Itulah kata2 yang Admin mungkin pakey semangat kita semua ndiat kemenangan pada Jumaat malam sabtu kelak. Pasukan kita dapat mempertahankan gelenggang keramat kita dari dibolosi oleh pasukan dari Pantai Timur iaitu Pahang dalam saingan Liga Super 2015 Sabtu lepas.


Kini, pada 27hb Februari 2015 (Jumaat) tok, di Stadium Keramat akan menjadi saksi sekali lagi, yang mana pasukan kita akan menentang pasukan dari Pantai Timur lagi iaitu Kelantan dalam saingan Piala FA 2015.

Musim tok, team Ngap Sayot kita nang sentiasa dihidang dengan hidangan dari Pantai Timur. Sabtu lepas kita pun team dihidang dengan 'Sup Belalai Gajah', Maaf mun tersindir..hihihi... Kali tok (Jumaat) dalam Piala FA 2015, kita pun team akan disajikan dengan hidangan yang sangat nyaman, iaitu 'Satey Kajang'.Mudah2an hidangan ya dapat menyelerakan Sang Bedal....Persoalannya Robert Albert VS George Boateng Siapa WOW!? Adoiyaiii hahahaha...

Papapun, Doa dari Admin SFS agar pasukan kita berjaya dalam saingan Piala FA musim tok. Sama-sama kita doakan...Aamiin...

Bagi sapa2 yang belum beli tiket, ayuhhhh... beli cepat takut terlambat... Stadium Keramat menanti anda untuk bertandang...Ayuhhh...

Jommmm... sama2 laungkan... KELANTAN FA Oiii...DISAYOT SAJAAA!!!!

Created by,
General Manager


Skuad Belia Tumbangkan 'Anak' Tok Gajah

Assalamualaikum... Salam 1Sarawak...

KUCHING: Skuad Belia Sarawak (U19) membuktikan kehebatan beraksi di kandang lawan apabila menewaskan skuad ‘anak’ Tok Gajah, Pahang dengan 1-0 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Pahang petang semalam.

Gol tunggal pasukan belia Sarawak dijaringkan oleh Mohd Amirul Shafizan pada minit ke-12.Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut skuad belia Sarawak bimbingan jurulatih import, Fuad Grbesic setelah menang tipis 1-0 ke atas Sabah di laman sendiri, Stadium Negeri di sini Ahad lalu.

Dengan kemenangan itu, skuad belia Sarawak kini mengutip enam mata setelah mencatat dua kemenangan dan tewas pada perlawanan pembukaan menentang Terengganu di Stadium Negeri pada 8 Februari lalu.

Sunday, February 22, 2015

Satu Mata Berharga Buat Sang Bujang Senang

Sarawak 0-0 Pahang

Assalamualaikum wbt...

Apa yg dpt dikatakan dlm game malam tok adalah seimbang. Masing2 sik nyerah kalah. Masing2 nyerang. Fifty2lah game malam tok.

Banyak kesudahan dilepaskan kedakya jak. Dari pertahanan sampey ke tengah nang boleh tahanlah..respeklah.. Barisan serangan masih agik sik mok guna peluang yang ada sebait2nya...

Admin tok bukannya pandey gilak men bol. Kitak org pun yg bukan pandey men bol gik dpt nangga giney sidak men tadik... bol begitu senang dirampas oleh pasukan Pahang.

Memang sik dinafikan team pahang mempunyai jentera serangan yg sangat berbisa, tapi syukur Alhamdulillah... Kekebalan benteng Ngap Sayot Admin SFS sangat Bangga. Serangan demi serangan dr sidak lawan begitu mudah dan senang dipatahkan oleh barisan pertahanan kita...syukur tiada bolos dan jaringan dibuat oleh pihak lawan.

Dalam rancak perlawanan mlm tek..sekali lagi Pengadil main peranannya. Kad Kuning demi kad kuning begitu mudah dihadiah kpd pemain kita pada 1st half, tetapi itu tidak mematahkan semangat juang anak2 buah RA. Sentiasa memberikan mutu persembahan yg terbaik utk disajikan kpd penyokong setia Sarawak.

Dgn kecekalan pemain kita, maka team sarawak berjaya mempertahankan gol dr dibolosi oleh team Pahang. Cukup berbaloi dgn persembahan tadik. Seri dgn Pahang bukan begitu mudah, tapi team kita berjaya beroleh satu mata yg sangat berharga.

Semangat juang kedak ya lah yg dimaok oleh kita sebagai penyokong setia ngap sayot.Diharap semangat ya sentiasa ada dlm diri pemain...Aamiin...

Akhir sekali... Congrate n Weldone Utk Game Mlm Tok...Terbaikkkk.... Salammm...

Created by,
GM

Wednesday, February 18, 2015

Corat-Coret Si Budak Poret. Sekadar Untuk Renungan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama sudah menyepi. Kini kembali untuk memporetkan dirik... Benarkah "Sarawak Ngap Sayot Mengoncang Malaysia?" Apa pendapat dan pandangan kitak orang?

Pada pendapat kamek Pasukan Ngap Sayot tok mengambil inisiatifnya demi mentranformasikan bolasepak Sarawak yang moden dan corak permainan secara total. Kamek sik menyangkal bahawa semenjak tahun 1989, Pasukan Sarawak yang lebih dikenali dengan pasukan Ngap Sayot begitu digeruni oleh pasukan lawan sama ada dalam Liga Semi-Pro ataupu Piala Malaysia. Bahkan pasukan Sarawak pada dekad tersebut menjadi pasukan pilihan dalam setiap perlawanan dan sentiasa meyakinkan untuk mendapat kemenangan.

Pasukan Ngap Sayot yang dibimbing oleh jurulatih Awang Mahyan pada masa ya telah mendominasi arena bolasepak dan sentiasa mendapat perhatian utama di setiap akhbar tempatan. Kekuatan pasukan Sarawak sik dapat dikekang dengan semangat pemain-pemain dengan kecergasan fizikal yang tinggi dan semangat penyokong-penyokong di Stadium yang unik dan hebat sekaligus menjadi saingan yang sengit kepada pasukan yang kuat terutamanya Kedah, Selangor, Singapura dan Kuala Lumpur. Slogan Ngap Sayot di kalangan anak-anak tempatan yang menjadi penyokong setia sentiasa memberi aura sekaligus membakar semangat kepada pemain-pemain untuk berjuang kea rah kemenangan. 

Sememangnya sik disangkal pada masa ya, corak permainan Sarawak yang pantas dan keras dengan tahap fizikal yang tinggi menjadikan pasukan lawan ‘kalah bulu’ dan gentar dengan corak permainan Sarawak yang sentiasa menyerang. Kamek masih ingat agik pada masa ya, setiap gerakan serangan sama ada bahagian sayap atau bahagian tengah dialuni dengan geruan dan sorakan penyokong di Stadium menjadikan keseluruhan Stadium Sarawak ‘bergegar’, bahkan sehinggakan pengadilan dipersoalkan oleh penyokong jika keputusan berpihak kepada pasukan lawan jika berlakunya kesilapan kecil.

Kehebatan penyokong-penyokong pasukan Ngap Sayot yang luar biasa dan sik berbelah bahagi apatah agik kepada sidaknya yang fanatik dan mempunyai semangat kenegerian. Laluan utama ke Stadium sentiasa sesak sehinggakan limpahan jumlah penonton sehingga ke trek Stadium pun menjadi cabaran utama pihak keselamatan dikalangan FRU Polis dan Rela untuk berkawal. Manakala, mereka yang tidak berkesempatan ke Stadium juga mengambil peluang mendengar ulasan langsung daripada corong radio RTM Sarawak. Pemain-pemain seperti Mohd. Ali Shafiee, Jalil Ramli, Roslan Ismail, Afandi Jol dan sehebat dengan barisan utama pasukan sentiasa menjadi idola penyokong ketika ya sekaligus menidakkan sumbangan besar daripada Jurulatih, Awang Mahyan.

Itulah petunjuk kebangkitan pasukan Sarawak pada ketika ya yang mengamalkan permainan yang pantas, keras, dan kasar serta seimbang dalam membuat serangan. Ini ditambah lagi dengan sokongan hebat penonton di Stadium. Pernah suatu ketika, berlaku terjahan-terjahan kasar jika kekalahan berlaku pada saat-saat akhir apatah lagi dengan keadaan pemain-pemain yang emosi. Tahun demi tahun selepas itu, Sarawak mengalami beberapa siri kekalahan dan dominasi pasukan Sarawak semakin luntur dan tidak digeruni lagi. Pelbagai usaha dilakukan selepas itu, tetapi sikda perkembangan yang lebih positif berlaku. Semenjak itulah, peminat bolasepak Sarawak yang dulunya fanatik sikda agik datang ke Stadium. Yang dulunya sokongan penyokong adalah luar biasa menjadi ‘sik biasa’, sehinggakan putus asa untuk mengikuti perkembangan bolasepak negeri.

Itu adalah nostalgia kehebatan pasukan Sarawak dahulu. Tapi hari tok, Pasukan Bolasepak Sarawak telah melalui perubahan landskap dan gelombang baru dengan memberi fokus kepada tahap permainan yang berprofail tinggi serta berpaksikan kepada skill, taktik, strategi, profesional dan corak permainan yang moden. Skill individu dan pasukan adalah menjadi tonggak utama dengan pendekatan taktik dan strategi secara professional oleh jurulatih (Robert Albert) yang berpengalaman dan bertaraf antarabangsa sekaligus menjadi hipotesis utama kepada anjakan cara permainan moden. Corak permainan yang moden dan berskill tinggi ini memberi dimensi dan perspektif baru kepada pasukan Sarawak. Inilah pendekatan yang diusahakan oleh Persatuan Bolapsepak Sarawak yang perlu dilaksanakan sepenuhnya.

Kalau kita lihat kepada Liga Bolasepak Antarabangsa terutamanya English Premier League (EPL), LA Liga (Liga Sepanyol), Serie A (Liga Itali) dan setaraf dengannya mengamalkan corak permainan berskill tinggi serta mempunyai taktik permainan bertaraf dunia. Contohnya, pasukan Barcelona diiktiraf sebagai pasukan Kelab terbaik dunia apabila memenangi Liga-liga juara Eropah 2011, juara LA Liga dan beberapa pertandingan di peringkat Eropah. Jika anda lihat ,corak permainan pasukan Barcelona yang mengamalkan permainan berskill tinggi.
 
Pemain seperti Lionel Messi, David Villa, Pedro, Puyol, Xavi, Inniesta, Alves dan sehebat dengannya mempunyai skill individu yang tinggi, apatah lagi dengan corak permainan yang berstruktur, bergerak secara organisasi (berpasukan), hantaran yang tepat dan pendek dan mempunyai taktikal yang tinggi dan pendekatan ‘fair play’ yang diterapkan oleh jurulatihnya (Giordola) sekaligus memberi impak kepada kemenangan Kelab tersebut di peringkat Eropah.

Kebanyakkan pemain ini diangkat sebagai pemain pasukan Kebangsaan Sepanyol dan menjadi pasukan berada kelas pertama dunia. Usaha-usaha ini bukanlah hanya sekelip mata bahkan hakikatnya ia telah melalui proses transformasi selama 2 dekad yang lalu di Sepanyol. Cabaran sedekad ini adalah apabila Negara Jerman dan Jepun dalam usaha untuk meniru dan mengadaptasikan corak dan gaya permainan Negara Sepanyol. Sehinggakan Negara Cina dalam usaha untuk meniru dan melatih pemainnya seperti Lionel Messi. Bayangkan... 

Secara perspektifnya, kita dapat melihat bagaimana dengan kehebatan skill, taktik, strategi, corak permainan dan pengalaman pemain-pemain yang bertaraf dunia memberi impak kepada keseluruhan pembangunan bolasepak Negara tersebut. Malahan, pembangunan bolasepak di peringkat akdemik juga menitikberatkan skill individu dan taktikal yang tinggi. Inilah dinamakan permainan bolasepak secara total dan moden. Persoalannya, mampukah kita merealisasikan impian pasukan Negeri Sarawak seperti Kelab Barcelona yang diangkat sebagai pasukan terbaik dunia? Mampukah kita mengikuti corak permainan moden Barcelona untuk diadaptasikan kepada pasukan Negeri kita? Mampukah kita melahirkan pemain seperti Xavi, Inniesta, Lionel Messi dan sebaris hebat dengannya? Adakah kita sebagai pemerhati hanya membanggakan Kelab Barcelona sebagai Kelab Idola kita dengan memakai pakaian Barcelona lalu mendabik dada kepada rakan-rakan kita yang meminati Kelab-kelab lain Eropah (Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Ajax, Bayern Munchern, Porto, Inter Milan)? 

Bayangkan, jika Bolasepak Negeri Sarawak menjadikan Kelab-kelab terbaik dunia sebagai kayu pengukur kepada pembangunan bolasepak secara total dengan mengambilkira skill, permainan moden dan taktikal yang tinggi, saya percaya suatu hari nanti tidak hairanlah pasukan kita diangkat ke tahap yang lebih tinggi sekali di mata dunia bahkan pemain-pemain tempatan menjadi pemain import kepada Kelab-kelab terbaik dunia.

Saya percaya, inilah usaha yang sedang dilaksanakan oleh Persatuan Negeri Sarawak ke arah memajukan dan memodenkan permainan bolasepak Negeri Sarawak. Usaha ini telah terbukti melalui pendekatan dan kemenangan di peringkat Liga Malaysia dan berada kedua terbaik dalam liga. Yang paling penting adalah sokongan dan gelombang aura Ngap Sayot yang dulunya mengegarkan Stadium amat diteguhi sepenuhnya dalam arena Liga Super tahun ini. Dengan “Game Plan” dan adunan permainan yang moden serta berskill tinggi diikuti dengan sokongan penyokong Ngap Sayot dijangka akan memberi suntikan yang tinggi sekali kepada pemain-pemain agar mencapai kemenangan dalam liga-liga domestik pada masa akan datang. Usaha yang berterusan ini sentiasa dipertingkatkan, malahan pendedahan pemain-pemain dan pengalaman jurulatih Negeri Sarawak, Robert Albert di peringkat antarabangsa sentiasa mengikuti perkembangan dan perbincangan taktikal dengan rakan-rakan di luar Negara akan diperluaskan sekaligus merealisasikan usaha menjadikan Sarawak sebagai pasukan No. 1 dan berprestasi tinggi di Malaysia.

Come On, Ngap Sayot, Encang Sarawak, Bujang Senang dan apa jua slogan yang diperjuangkan semata-mata untuk kemenangan pasukan Sarawak, bersatulah, penuhilah dan gegarlah stadium Negeri kita. Anak-anak Sarawak di segenap ceruk inci tanah di Sarawak dan juga mereka yang berada di Semenanjung, bergemalah dan bersatu memberi semangat luar biasa kepada pasukan kita. Sesungguhnya, semangat luar biasa ini akan akan memberik impak yang besar sekaligus memartabatkan maruah pasukan Sarawak di arena sukan bola sepak masa kinektok dan sampey bila2.

Salam sayang,
Penyokong Tegar Ngap Sayot