Tuesday, April 30, 2013

ANTARA SANG PENCIPTA DENGAN SANG HAMBA, YANG MANA PALING ANDA TAKUTI?

Assalam semua Sang Pengikut SFS yang ADMIN kasihi dan sayangi..

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi,
Hari ini adalah hari yang terbaik buat kita dari hari semalam. Tapi pernahkan anda terpikir, esok masih ada untuk kita. Ya.. Pasti dan pasti Hari Esok sentiasa ada, tetapi persoalan yang timbul di dalam minda ADMIN SFS hari ini, samaada hari esok adakah kita masih ada di dunia ini?

"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa hambamu ini. Mudah-mudahan Kau jauhilah segala musibbah melanda diri ini,keluarga dan juga umat muslimin dan juga muslimat. Segala perbuatan yang dilakukan diterima serta mendapat pahala disisiMu Ya Allah..Amin Ya Rabbal Alaminnn..."

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,
Sehingga begitu sekali kita berdoa. Sememangnya dan sepatutnya kita senantiasa BERDOA agar hidup kita sentiasa SEJAHTERA AMAN SENTOSA SELALU. "Biar kita menangis kerana inginkan KEREDHAAN ALLAH, Jangan kita menangis MENAHAN SEKSAAN DI AKHIRAT" Nauzubillah...

ADMIN SFS hari ini ingin BICARA tentang KETAKUTAN yang sering dilanda oleh setiap yang bernama INSAN. Sering kali kita dengar, MANUSIA taksub dengan MANUSIA, takut dengan sesama manusia itu sendiri. Mungkin KETAKUTAN yang dialami sesama manusia itu bersebab.Persoalannya KENAPA? Kenapa takut dengan sesama manusia sedangkan manusia tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan dengan IZIN ALLAH SWT.

gambar 1: sekadar hiasan

Sebagai contohnya seperti dalam gambar 1 kita lihat pasti kita GERUN dengan wanita tersebut. SEBAB apa? Kerana wanita tersebut mempunyai PELINDUNG DIRI yang cukup untuk PEROMPAK yang cuba merompak BARANGAN KEMAS yang ada di badan beliau. Cukup berhati2 beliau dalam mempertahankan diri. Kalau kita lihat, kita dapat simpulkan dengan alasan-alasan yang pelbagai. Persoalannya lagi, Adakah cukup untuk kita mengelakkan atau mencegah KETAKUTAN kita dalam KEHIDUPAN seharian kita? JAWAPANNYA, TIDAK CUKUP.. Kerna apa, Manusia itu sendiri adalah bersifat PELUPA. Adakalanya kita akan lupa untuk bersiap sedia untuk kita melindungi diri daripada MUSUH terutama sekali SYAITAN LAKNATULLAH.

Tuan/puan yang mulia,
Yang paling penting sekali ialah, kita hendaklah balik semua ke asal kita. Kembali ke jalan yang diredhai ALLAH SWT. Yang mana, ALLAH SWT sahajalah yang MAHA MAMPU melindungi kita dari segala KEJAHATAN SYAITAN yang membuat kita berada dalam KETAKUTAN sesama manusia. Mintalah pertolongan dengan SANG MAHA PENOLONG. Jangan takut, jangan segan. Mintalah.. tetapi, janganlah kamu meminta Selain Allah SWT. Nauzubillah..

Alhamdulillah.. setelah kita balik semula kepada ALLAH SWT, Inshaa Allah.. Allah SWT sentiasa bersama kita. Harap REDHA ALLAH sentiasa bersama kita. 

Jawapan untuk ADMIN SFS hari ini berkenaan ALLAH & MANUSIA SIAPA PALING ANDA TAKUTI, adalah ALLAH. ALLAH yang MAHA BERKUASA.. Tiada siapa yang dapat melawan SANG MAHA PENCIPTA. "ALLAH MAHA KUASA,MANUSIA TIADA KUASA"

Akhir kalam, Salam perjuangan dari ADMIN SFS. Semoga kita bertemu dilain topik dilain masa.. Akhiri dengan WASSALAMUALAIKUM WBT..

Thursday, April 25, 2013

COBAAN UNTUK BLOG BAHARU

ASSALAMUALAIKUM WBT.. sahabat sekalian.
ADMIN SFS hari ini ingin sangat hendak berceloteh serba sedikit mengenai NAFSU.
Sekadar untuk BICARA sahaja.
Bukannya apa, hanya untuk ringankan dan senaman jari-jemari ini utk blog baharu dilahirkan ini.
NAFSU... Bila sudah menguasai dalam DIRI kita, NAUZUBILLAH..
Ada cerita mengisahkan tentang NAFSU ini. Jikalau tak silap saya, perbagai tempat untuk meletakkan NAFSU ini, dimana-mana sahaja, Bila mana NAFSU dipersoalkan.. SIAPA TUHAN KAMU? NAFSU akan bicara..."AKU.. adalah AKU'. Sehingga macam itu sekali NAFSU menjawap..
Diletakkan ditempat SEJUK, PANAS, MAUPUN dimana2 tempat sekalipun.. NAFSU akan sentiasa INGKAR dengan SANG PENCIPTA. Bila tiba ALLAH SWT meletakkan NAFSU ditempat yang PALING tidak makanan/ sedikit makananpun tiada, baharulah SI NAFSU itu mengakui bahawasanya TUHANKU ADA ALLAH... Allahu Akbar!!!
NAFSU tewas ketika KELAPARAN... Begitulah ADMIN SFS mengenai NAFSU yang DEGIL dengan segala macam bentuk cobaan dan dugaan yang ALLAH bagi,tapi malangnya TEWAS ketika KELAPARAN.
Jadi ADMIN SFS hari ini nak berpesan supaya LAWANLA HAWA NAFSU ANDA..



Itu sahaja untuk petang ini. Mungkin segala BICARA yang disampaikan oleh ADMIN SFS hari ini kurang difahami oleh sesetengah pihak yang membaca, ataupun pihak yang membaca lebih arif lagi dalam mengolah ayat untuk cerita ini.
Sebarang kesilapan serta kecatatan dalam mengolah ayat cerita ini haraplah dimaafkan. ADMIN SFS ini adalah umpama BUDAK YANG BARU BELAJAR. Para pembaca budiman yang ingin mengajar ADMIN SFS untuk terus berkarya dalam blog ini silalah memberi sedikit IDEA dan PENDAPAT dalam komen ADMIN SFS.
Sekian, Wassalamualaikum WBT.